Biarpun sudah menjengah ke angka 37 tahun, aura Hero Idaman Malaya masih kekal melekat pada aktor, Remy Ishak. Apatah lagi statusnya yang sudah putus tunang serta lakonannya dalam drama bersiri yang romantik bersama Mira Filzah membuatkan ramai peminat memuja pelakon berkarektor ini.
Jadi, apa sahaja momen mengenai Remy akan diabadikan oleh peminatnya terutama generasi baru yang tidak begitu mengenali Remy ketika awal kemunculannya pada 2006 dahulu.
Tular sebuah video yang mana peminat perempuannya merakamkan kelibat Remy yang sedang mahu melintas jalan dan jeritan "Oh My God!" dan "akcik, sana lah!" kedengaran tatkala Remy melintasi mereka yang sedang berada di dalam kereta. Mungkin mereka juga tidak menyangka yang akan bertemu pelakon terkenal yang tergesa-gesa untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Hal ini membuatkan mereka begitu teruja.
Namun, bagi mereka yang membesar dengan kisah cinta Remy - Umi Nazeera serta Tiz Zaqiah menganggap itu hanyalah drama semata-mata. Dan peminat barunya itu yakni BBNU tidak mengetahui karektor sebenar Remy sendiri.
Menurut Fafau, mereka tidak menegur Remy yang sedang sibuk mahu melintas jalan untuk ke masjid. Namun momen itu tetap akan menjadi ingatan kudus buat mereka. Lalu ramailah peminat yang turut memuji kekacakan dan kebaikan Remy yang tidak melupakan kewajipan walaupun sibuk dengan penggambaran.
Bagi yang mengetahui kisah berbelas tahun dahulu pula, menyatakan yang peminat sekarang iaitu anak-anak muda hanya memandang Remy yang penuh dengan karisma namun sebenarnya Remy mempunyai kisah silam seperti keganasan terhadap Umi Nazeera serta menelan pil tidur apabila putus cinta dengan Tiz Zaqiah.
Bagaimanapun, kisah lama ini telah dikecam oleh segelintir warga net lain yang menganggap aib tidak harus dibuka semula. Manalah tahu, Remy telah berubah perangai lamanya dahulu, jadi apa perlunya membuka kembali cerita lama?
Kredit foto: Twitter
Hal ini menyebabkan ada beberapa peminat Remy telah membaca kembali kisah cinta Remy dahulu lalu berbelah bahagi antara untuk terus meminatinya atau tidak. Namun sebenarnya lebih ramai yang menyokong karier seni Remy berbanding membuka aibnya yang lama.
Kredit foto: IG
Apabila menjadi artis, segala gerak geri akan turut diperhati. Jadi, kisah yang berpuluh tahun pun akan ada yang mengoreknya semula. Namun, jika dilihat akhir-akhir ini, sudah tidak kedengaran lagi cerita negatif mengenai dirinya lalu menjadikan dirinya diminati ramai. 'Fangirling' pada aktor berkarektor adalah normal dan kami berharap Remy akan cepat bertemu jodoh yang serasi! - CARI
|