CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Tangki Terbabas Gara-Gara Mat Rempit

27-9-2013 05:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7827| Komen: 21


Azizi ketika ditemui semasa lori dipandunya ditarik dua kren

REMBAU – Sebuah lori tangki membawa muatan 32 tan minyak sawit terbabas ke dalam longkang apabila cuba mengelak dua motosikal dari arah bertentangan di Kilometer 41.5 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa, Azizi Othman, 50, berkata, dia yang dalam perjalanan dari Gemencheh menuju ke Klang, Selangor terpaksa mengelak ke kiri jalan kerana bimbang bertembung dengan motosikal berkenaan.

Menurutnya, awalnya dia ternampak dua objek bergerak ke kiri dan kanan jalan, namun apabila semakin hampir, dia menyedari objek berkenaan adalah dua motosikal tanpa lampu ditunggang dalam keadaan berbahaya.

“Saya terkejut dan terus mengelak ke kiri daripada terlanggar penunggang motosikal itu sehingga menyebabkan lori saya termasuk ke dalam longkang, mujurlah saya tidak apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, kelmarin.

Susulan insiden berkenaan, Azizi terpaksa menunggu bantuan dua kren bagi menarik lorinya keluar dari longkang.

Tambah Azizi, kejadian itu adalah kali pertama sejak dia memandu lori muatan minyak kelapa sawit tiga tahun lalu.

“Apa yang mengecewakan saya, dua penunggang motosikal itu langsung tidak membantu dan mereka terus menghilangkan diri," katanya.

2

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sapp73 27-9-2013 11:27 AM
aku memang geram kalau jumpa orang naik motor yang tak de lampu ni....dah dekat sangat baru perasaan ada kenderaan lain. ...merbahayakan pemandu lain aje
Quote wajaman 27-9-2013 11:29 AM
laaaa,naper la pemandu lori nie baik sgt...kalau aku,aku x elak...langgar je trus
Quote Sagoo 27-9-2013 11:32 AM
umor panjang mat rempit tu..kalo dah..dah bersepah anggota badan diaa
Quote prettyuglybabe 27-9-2013 11:38 AM
kasihan. mujur beliau tidak apa-apa..
Quote taji2906 27-9-2013 11:50 AM
kalau digilis mat rempit tu, kena masuk balai segala macam pulak.. trip pun tergendala lagi lama.. baik la dia ngelak masuk longkang jek..
Quote ryer25 27-9-2013 11:56 AM
rombau most wanted yoo...
Quote MamaMima711 27-9-2013 12:00 PM
Pakcik..len kali pakcik langgar je ye. Nyawa pakcik lagi brharga. Aku pun geram dgn org yg bwk motor x de lampu,baju gelap pastu bajet org akan nampak dia.
Quote azmanal 27-9-2013 12:02 PM
mat rempit mana la baik ht nk nolong pkcikkkk..nk serah diri kene balon ke ape...mmber sendiri mati katak pon dorng cabut..ape lg pkcik yg dorg xkenai....
Quote dragger 27-9-2013 12:04 PM
sumpah mat rempit tu jadi lori
Quote Artemesiaa 27-9-2013 12:49 PM
Syukurlah tak ada nyawa yang melayang
Quote solstice 27-9-2013 01:05 PM
Bangsat sgt mat rempit ni
Quote solstice 27-9-2013 01:09 PM
wajaman posted on 27-9-2013 11:29 AM
laaaa,naper la pemandu lori nie baik sgt...kalau aku,aku x elak...langgar je trus

Kalau pocit ni langgar sure dia akan disalahkan
Masy cepat bersimpati pd motorist bila eksiden.. tmbah2 mati pulak tu
Dah tu drebar lori asyik lah kena hentam sana sini
Walhal depa bawak lori pon sbb trpksa utk sara anak bini
Dah lah kat kg
Sure kena belasah ngan org kg pprt

Dah eksiden takkan nk terus drive lari ke balai polis utk elak kena pukul
Kang lenyek mayat kena gelek
Paling tidak kena turun dr lori & lari
Lg lah org tuduh dia yg salah
Quote AdamBillionaire 27-9-2013 01:10 PM
mat rempit pembunuh jalan raya
Quote mak_wa95 27-9-2013 01:12 PM
sumpah jadi katak je la...senang lompat2 rempit ala katak
Quote encikWawad 27-9-2013 01:12 PM
kalau aku langgar je terus kalau betul lori ni di pihak benar - wat pe pulak kita nak menggadai nyawa demi si perempit sialan nii - harus bagai menyuci sampah aja selayaknya dilanggar rempit yang sendiri tak sayang nyawa tu
Quote gujiwa 27-9-2013 01:16 PM
kalau dah bertentangan masuk pulak laluan sendiri.. lebih baik pakcik tak yah elak.. ajarkan sedikit mereka ni
Quote bianglala 27-9-2013 01:17 PM
sampai terbabas lori ni.. mujur tak terbalik.

mat rempit pulak konon hebat sangat la. merempit tak pasang lampu. amalkan selalu ya, biar cepat sikit ke alam lain.
Quote stryder_cats 27-9-2013 02:13 PM
kalau pak cik langgar je.. memang akan jadi kes polis dan banyak plak prosedurnya.. trauma tu mungkin ada la kan sbb langgar orang.. nasib baik pak cik tak apa2.. budak2 tu lari sebab dah takut la tu
Quote nurfariezza 27-9-2013 04:57 PM
ble jd cmni org tye npe driver xlanggar je mat rempit 2..
ble mat rempit yg kne lnggar, nnt org claim driver lori plak yg slh...bwak mcm ape la..
haishh... mcm2 la..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.065094 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top