CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Mengaku Salah Cabul Anak Tiri

27-9-2013 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9279| Komen: 35


KUANTAN - “Biarlah orang nak kata saya salah. Saya nak ajar dia,” kata seorang pemandu lori yang mengaku bersalah atas tuduhan mencabul anak tirinya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mohd Nasir Abd Manaf, 34, ketika ditanya Majistret dalam kandang tertuduh berkata, dia mahu mengajar anak tirinya yang berusia 14 tahun kerana tidak mendengar kata selepas dipukul.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Indera Semporna dalam tempoh empat bulan.

Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan RM2,000 denda dan dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Menurut fakta kes, mangsa diperlakukan tertuduh sejak November tahun lalu sehingga Mac lepas dengan meraba seluruh badan mangsa beberapa kali dan tertuduh ditangkap pada 22 Jun lalu pada jam 2.30 petang.

Noor Zaihan bagaimanapun, menasihatkan tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan itu dan insaf selepas menerima hukuman penjara.

“Saya harap kamu tidak ulangi lagi kesalahan ini. Perbuatan kamu ini sungguh jijik. Dalam penjara nanti kamu berfikir dan insaf," katanya.

Timbalan Pendakwaraya, Farahah Ahmad Nazari dalam pendakwaannya meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya kerana membabitkan anak tiri walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod lampau.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 27-9-2013 12:12 PM
urban nya cara dia mengajar ank tiri dia
Quote ellZack 27-9-2013 12:13 PM
new way of teaching..
Quote purpledesire 27-9-2013 12:15 PM
nak ajar apa kat anak tiri tu.?
nak ajar berzina ke.?
Quote prettyuglybabe 27-9-2013 12:38 PM
part time cikgu bio ke bapak tiri ni??
Quote sueism 27-9-2013 12:38 PM
Kepala hotak dia mnegajar budak cara mencabul, atau dia dah lama aim nak me nutuh budak tu?
Quote anyah 27-9-2013 12:47 PM
hahaha..cara baru utk mengajar anak

Quote jepp 27-9-2013 12:48 PM
yang salah tetap salah
cara nak mngajar anak tu banya je cara lain.
lahabau punya bapak tiri
Quote MsIda 27-9-2013 12:59 PM
Mana Ibu & bapa kandung budak ni ???
Pesanan buat  mereka , tgk2kan lah anak tu....
Kesian kalau jadi mangsa bapa tiri.....
Menyesal tak sudah...
Quote encikWawad 27-9-2013 01:14 PM
ajar kalau nak main - begini caranyaaaaa - tgk pak wat camneee

*dah terbukti camni - sebat 40 kali eloknya - bukan kat bontot - tapi kat belah depan - baru lah "ajaran yang baik" dari makhamah dapat di pahami oleh pakcik hanj niii
Quote syafiq79 27-9-2013 01:19 PM
Dulu org tkr mak tiri..zmn skrg ni org tkk bpk tiri....abk ajar ank cara2 beromen ke pcik..x yah ajar bnda tu sndri tau pcik...mengambil ksmpatan..dh emak dia ko amik..skeg nk ank plak..mmg gatai kxtxii le pcik ni...
Quote aurora273 27-9-2013 01:22 PM
Agaknya nak mengajar la yg anak tu pon asik dok gedik ngan jantan je.. Baru dia tau kalo bapak yg gatal..
Quote mak_wa95 27-9-2013 01:27 PM
2 ekor jantan hampeh....sekor terajang bini sebab nak ajar...sekor raba anak tiri kerana nak ajar juga...biol punya alasan......
Quote missus_meow 27-9-2013 01:43 PM
Mengaku bersalah .... tp beri alasan nk mengajar si anak tiri .... ni pengakuan auta je ....  mak budaknye mana ... ade potensi anak hang jd mangsa lg ...
Quote nordiana87 27-9-2013 02:40 PM
nak ajr ko p cabul?? aja ape?? cra2 mencabul dgn berkesan kekdah nye!
ini bikin wa panas..binawe punya bapak tiri..lau aku jadi mak budak tu mampos aku terajang laki ni..
Quote ringcat 27-9-2013 02:42 PM
aku selalu nasihat pompuan2 ibu tunggal
fikir bebaik nak kawin lagi kalau ada anak dara

memang laki tu syok kat  kau
tapi lepas beberapa tahun berkongsi rumah
laki tak normal je tak terangsang tengok anak tiri pompuan
especially kalau cantik
Quote aTiKah_aYuNi 27-9-2013 03:42 PM
biadab punye bapak...kau bangga ke nnti ank ko jual apam dgn kerang????
Quote lavacall 27-9-2013 03:45 PM
ringcat posted on 27-9-2013 02:42 PM
aku selalu nasihat pompuan2 ibu tunggal
fikir bebaik nak kawin lagi kalau ada anak dara

berapa banyak ibu tunggal kau kenal ni..??




Quote nurfariezza 27-9-2013 04:20 PM
giler la...ajaran ape ko nk bg ni?
tips2 nk jd GRO ke..
Quote Nash^Roy 27-9-2013 04:24 PM
begitu la cara sakai mengajar anak

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.222666 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top