Siapa sangka sehelai tudung mampu mencapai harga sehingga RM50,000! Memetik laporan Sinar Harian, jenama hijab mewah, Bawal Exclusive memperagakan tudung paling mahal di dunia itu di Kuala Lumpur, kelmarin.
Kata pengasasnya, Haliza Maysuri, tudung berkenaan sudah pun dibeli dan dimiliki oleh seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun. “Tudung mewah ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski. “Ia dibuat sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti pemiliknya,” katanya memetik laporan portal berkenaan.
Menurutnya lagi, ini sekaligus memadam rekod tudung termahal jenamanya sebelum ini yang bernilai RM33,000 dan dimiliki oleh wanita dari Kelantan pada tahun lalu. - CARI |
TravellingBear replied at 27-5-2019 11:56 PM
Cop. Ni macam cerita recycle tahun dulu2
ADVERTISEMENT