Pelakon, pengacara dan penyanyi Alif Satar baru-baru ini memuat naik video perbualan bersama isteri sebagai menjawab soalan-soalan berkaitan dengan hari raya yang diberikan oleh peminatnya.
Antara soalan yang dilontarkan adalah mengenai tradisi memberi kad raya. Menjawab pertanyaan tersebut, Alif Satar mengatakan yang dia dan isterinya masih lagi mengekalkan tradisi lama memberi kad raya kepada teman dan kenalan mereka setiap tahun. Ujar Alif dan isteri, ramai yang terkejut apabila menerima kad raya daripada mereka. "Orang macam terkejut bila kita bagi kad raya," kata mereka. Bagaimanapun, mungkin terlampau teruja berkongsi pengalaman mereka, Alif tersasul menyebut 'kad kahwin' dan bukannya kad raya seperti yang sepatutnya.
"The best part kita throwback kita punya kad kahwin, kad kahwin kitorang every year, setakat ni ada je tambahan," tambah Alif. Isteri Alif yang terkejut, segera membetulkan ayat suaminya itu. "Jangan macam-macam eh!" ujar isteri Alif sambil menjeling manja. Menyedari kesilapannya, Alif terus tergelak besar.
|
sheqim: Si alif satar mmg sjenis muka awet muda kan? Bini dia nampak berusia
sheqim replied at 29-5-2019 06:43 PM
Si alif satar mmg sjenis muka awet muda kan? Bini dia nampak berusia
ADVERTISEMENT