View: 10176|Reply: 42
|
"Kad Kahwin Kitorang Tiap Tahun Ada Je Tambahan"-Tersasul, Alif Satar
[Copy link]
|
|
Pelakon, pengacara dan penyanyi Alif Satar baru-baru ini memuat naik video perbualan bersama isteri sebagai menjawab soalan-soalan berkaitan dengan hari raya yang diberikan oleh peminatnya.
Antara soalan yang dilontarkan adalah mengenai tradisi memberi kad raya. Menjawab pertanyaan tersebut, Alif Satar mengatakan yang dia dan isterinya masih lagi mengekalkan tradisi lama memberi kad raya kepada teman dan kenalan mereka setiap tahun.
Ujar Alif dan isteri, ramai yang terkejut apabila menerima kad raya daripada mereka.
"Orang macam terkejut bila kita bagi kad raya," kata mereka.
Bagaimanapun, mungkin terlampau teruja berkongsi pengalaman mereka, Alif tersasul menyebut 'kad kahwin' dan bukannya kad raya seperti yang sepatutnya.
"The best part kita throwback kita punya kad kahwin, kad kahwin kitorang every year, setakat ni ada je tambahan," tambah Alif.
Isteri Alif yang terkejut, segera membetulkan ayat suaminya itu.
"Jangan macam-macam eh!" ujar isteri Alif sambil menjeling manja.
Menyedari kesilapannya, Alif terus tergelak besar.
Perkongsian tersebut berjaya mendapat reaksi ramai yang rata-ratanya terhibur melihat reaksi pasangan suami isteri itu.
Kredit foto : Ig Alif Satar
Malah, rakan artis turut meninggalkan komen mereka.
Kredit foto : Ig Alif Satar
Alif Satar berkahwin dengan isterinya, Sha Dila pada September 2014 dan telah dikurniakan dengan dua orang puteri. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. boleh la lawak jugak... {:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia pun, dok hmm..hmm..hmm.. dah habis cakap, baru sedar.. adoi.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Si alif satar mmg sjenis muka awet muda kan? Bini dia nampak berusia |
|
|
|
|
|
|
|
sheqim: Si alif satar mmg sjenis muka awet muda kan? Bini dia nampak berusia
Alif memang lagi muda dari bini dia, by few years jgk |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham joke dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa pasal wife dia tgh preggy jd reaction tu slow sikit. But this made me laughed. |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar mula2 bini dia iyekan tiber aikk..lucu |
|
|
|
|
|
|
|
sheqim replied at 29-5-2019 06:43 PM
Si alif satar mmg sjenis muka awet muda kan? Bini dia nampak berusia
Kalau still pictures, tak nampak sangat. Now dah tengok video, memang obvious the wife looks older than him. Tapi, dah memang sheols lebih tua kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Comel betul..byk kali dok ulang2 video tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alif ni nmpk fatherly Sgt. Bertuah wifenya |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kat dok pegang je tangan wife tak lepas romantik angat. Kat curve depa guardian nampak depa few months ago |
|
|
|
|
|
|
|
Ish i mmg cayaq dgn alif ni. Rasanya klau suruh pilih capiq kyle dgn dia ni, ..... urm xtau la pulak nk pilih yg mana alif ni charming sgt! Capiq mystery |
|
|
|
|
|
|
|
Alahhh tersyasyul jer.. {:handsome |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah tengok keseluruhan video rasanya faham kenapa alif tersasul. Dia trngah nak fokus drive, jawab soalan lagi. Rasanya masa tu dia trngah fikir yang tiap2 tahun adik2 dia ada yang kahwin dan ada tambahan ahli keluarga baru so kad raya diorang pun bertambah. Tapi dah masuk semua dalam kepala nak diberitahu sampai tersasul la jadinya. Sebab lepas tu memang dia ada mentioned adik2 dia tiap2 tahun ada yang kahwin dan lepas tu tiap2 tahun tambah anak. Hehehehe. By the way Shad tengah preggy memang nampak berusia sikit. Realitinya memang dia 6 tahun lebih tua dari alif tapi kalau time tak preggy nampak muda je orangnya. Kurus cuma jenis rangka besar sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Tersasul dan reaction tu kelakar |
|
|
|
|
|
|
| |
|