CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Jatuh Rollercoaster Twister Di Taman Tema

31-5-2019 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5891| Komen: 20

Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun diterbangkan ke hospital selepas terjatuh ketika menaiki permainan rollercoaster Twister di taman tema Lightwater Valley di Ripon, Yorkshire.


Kredit foto: Daily Mail

BBC melaporkan, polis percaya keadaan mangsa tidak kritikal dan pihak taman tema terbabit memaklumkan permainan berkenaan ditutup sementara pakar kesihatan dan keselamatan melakukan pemeriksaan.


Kredit foto: Daily Mail

Dalam kenyataannya, Lightwater Valley berkata pihaknya menitikberatkan keselamatan pengunjungnya dan bersedia memberi sebarang bentuk sokongan kepada keluarga mangsa.


Menurut polis, kanak-kanak itu kini menerima rawatan di Leeds General Infirmary.

Sementara itu, Daily Mail melaporkan, mangsa dipercayai jatuh dari ketinggian 30 kaki.


Kredit foto: Daily Mail

Saksi di tempat kejadian, Jon Philo berkata, ketika dia menghampiri mangsa, kanak-kanak itu dalam keadaan kaku tidak sedarkan diri.

Mangsa yang duduk di bahagian belakang permainan itu bersama ibunya dikatakan terlepas dari tempat duduknya sebelum terjatuh.


Kredit foto: Daily Mail

Kanak-kanak itu diterbangkan ke Leeds General Infirmary dengan ambulans udara. - CARI
7

Bagus

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 31-5-2019 01:41 PM
semoga tiada kecederaan serius..
Quote buapakperut 31-5-2019 01:51 PM
kecik sgt kot , penghadang pun longgar tergelungsur.
Quote Ali_x 31-5-2019 02:08 PM
Gulllp..jenis laju ke jenis santai nyer...{:childlike
Quote mizruncing 31-5-2019 03:03 PM
scary nyaaaa
Quote ninjago 31-5-2019 03:12 PM
fuhhh mimpi ngeri btul jatuh dari roller coaster..

bdk nie jatuh dari ketinggian 30kaki tu.. harap semuanya ok je..
Quote wajaman 31-5-2019 03:17 PM
kn roller coaster ada limit ketinggian tertentu baru bole naik.6 tahun tu sepatutnya tak lpas
Quote dodolgemok 31-5-2019 03:18 PM
Mmg kanak2 6tahun boleh naik rollercoaster ke? Cash buat ibunya yg x halang anaknya naik rollercoaster! No Al-Fatihah to you.
Quote ikanmasin 31-5-2019 03:37 PM
seramnya .....
Quote Artemesiaa 31-5-2019 03:51 PM
Kena tingkatkan ciri2 keselamatan kalau permainan yang melibatkan kanak2.  Sekadar hanya ada bar penghalang macam tak cukup untuk menjamin keselamatan mereka.  Nak2 kalau mereka yang bertubuh kecil.
Quote Queenmastani 31-5-2019 06:24 PM
Inilah yg aku takut..ank sulong suka sgt naik dari umur  7 tahun..pg legoland aritu aku bantah tk bg naik laki Aku kunun2 nk biar dia rasa adrenaline..udahnya aku yg kecut perut tgk dah la dia slim..
Quote GigaMom 31-5-2019 07:43 PM
Queenmastani: Inilah yg aku takut..ank sulong suka sgt naik dari umur  7 tahun..pg legoland aritu aku bantah tk bg naik laki Aku kunun2 nk biar dia rasa adrenaline. ...


Fuhh u mmg isteri yg penuh taat
Ai bab2 kslmatan ank ni bperang mulut dgn suami di khalayak ramai pun sanggup
Quote Pink_Purple 31-5-2019 08:23 PM
menakutkan..

harap xde kecederaan serius
Quote Lagubestbest 1-6-2019 02:35 AM
6 tahun bukan takat jangan bagi naik roller coaster, jangan pergi taman tema terus. Budak2 kecik ni macam2 boleh accident kat tempat macam tu.
Quote sarahmirza 1-6-2019 06:11 AM
Queenmastani replied at 31-5-2019 06:24 PM
Inilah yg aku takut..ank sulong suka sgt naik dari umur  7 tahun..pg legoland aritu aku bantah tk bg ...

Baiknya u as isteri...
Sanggup letak anak kat high risk demi suami tercinta...

I bab anak ni,  sampai gaduh tak tegur sehari dua... Semuanya sebab anak.

Hahahaha
Quote cik_nit 1-6-2019 08:21 AM
Nasib x jadik apa..
Quote Queenmastani 1-6-2019 03:28 PM
sarahmirza replied at 1-6-2019 06:11 AM
Baiknya u as isteri...
Sanggup letak anak kat high risk demi suami tercinta...

Tkde la mcm tu pn actually sbb i tgk yg legoland tu tk bahaya sgt thats y i tk tunjuk power i
Quote Supersirap 1-6-2019 06:46 PM
doakan yang terbaik sahaja
Quote Supersirap 1-6-2019 06:46 PM
doakan yang terbaik sahaja
Quote Supersirap 1-6-2019 06:46 PM
doakan yang terbaik sahaja

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045517 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top