CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Ala Bukan Boleh Kaya Pun Guna Muka U!" Peniaga Karipap Biadab Guna Gambar Serina Redzuawan

31-5-2019 04:36 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 12456| Komen: 47|Original author: Oleh: SakuraJo

Siapa yang tidak geram apabila ada pihak yang dengan sengaja mengeksploitasi gambar orang lain untuk melariskan jualan sendiri. Itulah yang dilalui oleh pelakon Serina Redzuawan yang juga merupakan anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan. 



Perkara itu dikongsi sendiri oleh Chef Wan di akaun Instagram miliknya mengatakan perasaan kecewa dan geramnya apabila penjual tersebut bukan sahaja enggan meminta maaf, malah boleh pula memarahi Serina apabila ditegur oleh anak perempuannya itu.

Guna gambar Serina untuk melariskan karipap di Pasar Ramadan dan bersikap biadap selepas ditegur..

Kredit foto : Instagram Chef Wan

Berang dengan sikap peniaga itu, Chef Wan meminta Serina untuk membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat peguam untuk menyaman peniaga tersebut.

Kredit foto : Ig Chef Wan

Tambah Chef Wan lagi, peniaga tersebut khabarnya telah pun bertahun melakukan perbuatan tersebut dan meminta orang ramai untuk tidak memberi sokongan kepada peniaga tersebut. 

Kredit foto : Ig Chef Wan

Perkongsian Chef Wan itu mendapat reaksi daripada pengikut Chef Wan di media sosial tersebut yang rata-ratanya turut menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab mereka.


Kredit foto : Ig Chef Wan

Apa nak jadi, sudahlah menggunakan gambar selebriti tanpa kebenaran, sudah tu dengan yakin dan beraninya peniaga tersebut marah tuan punya gambar. Nampaknya sikap tak malu dan tamak tu sudah terlampau menebal di dalam hati. Yakinnya kamu! -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 31-5-2019 04:42 PM
grammar cep bertaraf antarabangsa..
Quote msdummy.2018 31-5-2019 04:49 PM
haiz..biadap sungguhlah peniaga tuh....manusia skrg mmg kurang adab lah..contoh terdekat?pk2 sndr...
Quote Sham143 31-5-2019 04:53 PM
Edited by Sham143 at 31-5-2019 04:57 PM

Kaya atau tk soal kedua.. Soal utama ada minta kebenaran atau tak? Kalau tk minta kebenaran suka2 aje guna gambar org lain..saman aje ajar sikit..
Quote mizruncing 31-5-2019 04:56 PM
alahaiii peniaga pn. suka hati je. klu serina saman pn blh menang tu
Quote beatgirlX 31-5-2019 05:00 PM
Kalaupun dah guna tanpa kebenaran..bilanditegur tu beradap la..mmg x kaya tp haishhh
Quote mixed 31-5-2019 05:02 PM
muka CW pn byk org guna kt minuman mineral water
dr sokodui lupa nama nya
dah di beri amaran pn masih ada lg

suka hati je makcik nk guna nama retis kaut huntung
retis ni mn bole guna free nama ,pic dorang ada royalti

Quote sleepandream 31-5-2019 05:19 PM
tu mesti gambar masa serina pegi beli karipap dekat gerai tu dulu...
tengok macam keluar tv3...
ala2 die nak bagitaula kat orang ramai serina pernah beli karipap dia... gitewwww
Quote multinicky 31-5-2019 05:37 PM
dh bnyk kali kan sheols tegur.. infact byk kawasan plak yg niaga gune bende ni..bc2 dkt komen rmi jgk yg terkena termasuk ozlyn yg igt karipap tu sheols pny .. last warning la ni.. klu still guna jgk sue je lah..
Quote SherryZass 31-5-2019 05:40 PM
Mesti artis pernah beli kat gerai acik tu, tu yg buh gambo artis. Kaya tak kaya, salah tetap salah acik karipap oi
Quote ashcroft86 31-5-2019 05:48 PM
Saman je meleis bodoh haprak. Dahla bebal, biadap plak tu. Mmg ko xkan kaya la dengan cara cmni. Huhhh. Menyirap plak dengan golongan2 low life anjing kurap babi cmni. Ko nk meniaga, tp haram xde etika.
Quote ciknam 31-5-2019 05:53 PM
memang la tak boleh kaya.. dah tak berkat.. guna gambar orang tak minta izin.. tu pun nasib baik serina... dia tegur baik2.. kalau dia saman terus..haaa mendapatlah..
Quote qis_88 31-5-2019 05:58 PM
Rmi btol org guna gamba artis utk lariskan jualan.. arituh masok melodi.. jaafar onn.. org pki gamba die.. da btahun2.. nk saman jugak..
Quote CiliPadiSedap 31-5-2019 06:45 PM
Alang2 kena saman tepek sekali gambar chefwan makan karipap . Baru hottt gitcheww
Quote kivio 31-5-2019 06:59 PM
Dah tobleh kaya, pakai buatpe lagi?
Quote matchstick 31-5-2019 07:43 PM
Pakai muka sdiri lah makcik... Mana tau boleh kaya lps ni.
Quote NBM 31-5-2019 07:56 PM
Edited by NBM at 31-5-2019 07:58 PM

cuba la cari rezeki tu cara betul jgn menipu. Mana la nak berkat
by d way, Air Jagung Heaven Serina mmg gile sedap, dah jadi fav aku  tak boleh xde
Quote lililen 31-5-2019 08:18 PM
Tp hanis zalikha bangga muka die terpampang kt banner chicken rice ball melaka.
Quote adila39 31-5-2019 08:32 PM
anggap je la amal jariah.. x luak pun.. lg dilayan komen peniaga tu lagi nampak sama iq
Quote gekkou 31-5-2019 09:26 PM
bila peminat ingat produk artis
maka peminat pun membeli
sedangkan gambar artis digunakan tanpa izin
bila produk dijual ada masalah, peminat salahkan artis
padahal artis pun tak tahu menahu

macam mana lah nak kaya
kalau rezeki yang masuk tu hasil penipuan?
keberkatan tiada

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046740 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top