"Saya tak bela beruang. Yang kena tangkap tu artis lain yang saya sendiri tak kenal." Kecoh sebelum ini apabila seorang penyanyi wanita dilaporkan ditahan kerana membela seekor beruang matahari dan menganiaya haiwan berkenaan dengan meninggalkannya kelaparan di rumah.
Berikutan kes itu, nama Ara Johari terkena tempiasnya apabila ramai berspekulasi bahawa dia artis ditahan terbabit. Menurut mStar Online, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 22, menafikan perkara yang menyebabkan dirinya dihujani makian orang ramai yang menuduhnya menganiaya haiwan itu. "Bila sebut penyanyi rock wanita berusia 20-an, itu andaian mereka. Hampir tepat, tetapi itu bukan saya. Ramai yang hantar DM, maki saya aniaya binatang," ujarnya yang terkilan dengan sikap netizen yang gemar menuduh tanpa usul periksa terlebih dahulu. Sementara itu, Ara turut mengecam tindakan penyanyi yang menganiaya haiwan dilindungi berkenaan. Ara akui, dia sendiri takut dengan beruang kerana ia haiwan yang mengganas dan bising. Apatah lagi mahu membelanya. "Kalau betul nak bela, ambil lesen dan kaji dahulu cara penjagaan yang betul. Kalau saya membela binatang, saya akan membawanya ke mana-mana saya pergi. "Kalau saya jadi jiran dia, saya pun akan lapor pada Jabatan Perhilitan. Saya setuju dengan tindakan jiran yang membuat laporan kepada bomba," ujarnya. Tambahnya, dia terkilan dan tertekan apabila namanya dikaitkan dengan insiden itu. Difahamkan, Ara mengetahui perkara itu apabila ditanya ibunya mengenai 'beritanya ditahan' kerana rakan dan saudara mesej dan tag ibunya di Facebook. "Kena kecam pun rimas, inikan pula kena maki disebabkan perkara yang saya tak buat. Orang lain buat, tapi saya yang kena," luahnya. Alahai, tak pasal-pasal nama Ara pula yang dipetiknya. - CARI
|
Sazida replied at 9-6-2019 01:25 PM
Owner bear tu sape noks? Fofuler kerrr? Ade lagi ke artis rock lain kt mesia ni? Iols kenal ella jah
minah_selekeh replied at 9-6-2019 02:13 PM
Aku pun masih wonder ni.. Sapo?
ADVERTISEMENT