Dilema bagi seorang ibu bernama Kimberly Shappley akhirnya terlerai apabila dia memilih untuk membenarkan anak lelakinya menukar identiti sebagai perempuan seawal usia empat tahun. Menurutnya, sejak lahir lagi anaknya, Kai, menunjukkan kecenderungan ke arah menjadi kanak-kanak perempuan. Kai suka memakai skirt menggunakan kemeja-T miliknya dan mengikat baju lengan panjang di kepalanya kononnya untuk dijadikan rambut panjang seperti perempuan. Kai juga memberitahu ibunya "Saya puteri" dan "Saya budak perempuan" sekurang-kurangnya enam kali sehari. Bukan itu sahaja, bahkan kemuncaknya apabila Kimberly mendapati Kai memakai seluar dalam kecil milik patungnya walaupun tidak muat. Hal ini amat merunsingkan Kimberly sebagai ibu, sekaligus menjadi titik tolak kepada penerimaannya terhadap kemahuan Kai untuk menjadi perempuan. Ketika Kai berusia dua tahun, keluarga dan orang sekeliling mula menyedari tingkah laku Kai. Dia bukan sahaja hanya bermain dengan kanak-kanak perempuan lain, malah dia hanya berminat dengan patung atau mainan perempuan sahaja. Kimberly menyangka tabiat Kai itu akan hilang ditelan masa, namun sangkaannya meleset sama sekali. Walaupun Kai dikelilingi tiga adik beradik lelaki, ia tidak dapat mengubah identiti Kai yang tersembunyi. Menyedari hal itu, seorang rakan Kimberly beragama Kristian katolik memujuk dia untuk memberi ruang kepada anaknya. Walaupun Kimberly rasa bersalah pada awalnya kerana dia merupakan seorang yang kuat pegangan agama, namun lama-kelamaan dia boleh menerima anaknya seadanya. Kimberly membelikan pakaian perempuan untuk Kai, dan ia benar-benar menggembirakan anaknya. Walau bagaimanapun, keluarga dan sanak-saudara yang kuat pegangan agama Kristian, menolak keras perbuatan Kimberly. Kini Kai sudah pun berusia enam tahun dan itu bermakna sudah dua tahun dia hidup sebagai kanak-kanak transgender sepenuhnya. Kimberly gembira dengan keputusan yang diambilnya kerana menurutnya, Kai berubah menjadi lebih periang, sihat dan mempunyai aura positif setelah menjadi seperti apa yang dia mahu. Nampaknya, golongan transgender semakin bertambah dalam kalangan kanak-kanak. Siapa yang harus dipersalahkan? - CARI |
darkness replied at 11-6-2019 10:55 AM
Cakap je la..ko nak anak perempuan..memandangkan anak ko semua lelaki kan...? Tak perlu pun berselin ...
darkness replied at 11-6-2019 10:55 AM
Cakap je la..ko nak anak perempuan..memandangkan anak ko semua lelaki kan...? Tak perlu pun berselin ...
shernazz replied at 11-6-2019 10:44 AM
Kita salahkan sajat...
matchstick replied at 11-6-2019 10:49 AM
Dh besar nt jadi mcm sajad buat2 lupa masa lahir dulu lelaki. Mak pun iye kan saje
ADVERTISEMENT