CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Telan Bubble Tea Pearls Hari-Hari. Tersangkut Dalam Perut, Tak Boleh Cerna

11-6-2019 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9238| Komen: 54|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang remaja perempuan dikejarkan ke hospital gara-gara sakit perut dan menghadapi kesukaran untuk makan dan buang air besar.

Sin Chew melaporkan,remaja berusia 14 tahun dari Zheijang Ciha itu menderita apabila sejumlah besar 'bubble tea pearls' ditemui dalam perutnya.


CT Scan yang dijalankan itu mengejutkan para doktor yang kemudiannya mencari punca ia berlaku.

Menurut remaja berkenaan, dia mengambil minuman tersebut lima hari sebelum sakit.

Bagaimanapun Dr Zhang menyatakan ianya mustahil memandangkan jumlah 'bubble tea pearls' yang ditemui adalah banyak.

Kredit foto: World Of Buzz
Pembohongan terbongkar selepas dia mengaku mengambil minuman tersebut setiap hari sehingga ianya tidak dapat dihadam.


Dia kemudiannya diberikan julap untuk membantu mengeluarkannya.

Pengarah Hospital Bandar Zhuji, He Yuling,  menyatakan pearls yang dibuat dari kanji ubi kayu itu tidak mudah dicerna.

Tambahan pula ia ditambah dengan bahan yang membuatkan ia kenyal dan mudah dikunyah, namun sebenarnya membahayakan sistem percernaan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. -CARI
2

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Cari-Azza


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 11-6-2019 11:00 AM
Skang banyak bebenor kedai pearl tea neh..
Iols dah lama x minum...sebab tealive ni manis sgt...chatime jauh plak sampai ke cyber nun
Quote rospinki 11-6-2019 11:02 AM
baik minum yg ada jelly green green grass by the river tu ke apa nama tah sluprpyy je ..takyah kenyal2 buble ni bahyer aku rasa.

Quote slyfynx 11-6-2019 11:03 AM
Ikutkan x-ray tu dah x macam kat perut or usus.
Naik sampai paru2
Quote sarahmirza 11-6-2019 11:03 AM
Benda yg sama dlm coolblog tu ke?
Anak I buat experiment buat sendiri pearl ni guna tepung ubi kayu & gula merah..
Menjadi kenyal2 gitu..
Quote paz 11-6-2019 11:23 AM
Walau rasa dia sedap, tapi bila sedut aja.. kadang2 tak sempat kunyah. Dah telan. Selalu pikir, berapa lama lah dia dalam perut boleh cerna? So sejak tu, Paz tak minum.

Category hazard pada Paz
Quote ainashiqa 11-6-2019 11:29 AM
Ayoyo.. Bahaya pearl tu. Nsib baik i xminat
Quote tumpanglalu74 11-6-2019 11:36 AM
Bila dah panjang cam gitu camne la usus nak tolak gi zubor..
Quote dodolgemok 11-6-2019 11:38 AM
Alahai, key point nya adalah moderation. Tak everything in moderation, bukan over lepastu menggelupor cam haram. Takziah dek. Cash!
Quote gujiwa 11-6-2019 11:43 AM
sedap lagi pakai cincau..
Quote hyie 11-6-2019 12:09 PM
masa puasa hari tu hampir setiap minggu gak la iols order teh bubble ni aiyyoo patutla macam perut rasa senak tak selesa gitu...pastu kawan iols sound jangan minum selalu sebab bahaya tapi iols dont care gitu konsepnya...sekarang insaf dan tak nak amik yang ada pearl tapi amik yang selain tu
Quote yuki812 11-6-2019 12:15 PM
gelinya pic xtray tu..
kdg i pon pakai sedut masuk terus tekak je..
tak de nak kunyah2..
Quote jeligoreng 11-6-2019 12:25 PM
Ni bukan fake news ke
Quote sekngucing 11-6-2019 12:35 PM
lama tak minum...
Quote mr_cool5885 11-6-2019 03:13 PM
Just nak tanya tealive tu bkn mahkamah kata tak boleh niaga dah ke sebab gado ngan chatime dulu tu? Ke dah boleh?
Quote meisapoya 11-6-2019 03:50 PM
Sedapnya roasted milk tea. Dah lama tak minum
Quote cik_nit 11-6-2019 03:52 PM
Tu sebabnya, makan kena berpada2. Jangan mentang2 sedap, makan sampai tak hingat dunia
Quote mieymiey 11-6-2019 04:00 PM
Semoga berita ni berjaya membuatkan iols insaf
Quote SWORKS27 11-6-2019 04:04 PM
org di china tu pelik2....belasah minum macam esok nak mati
Quote insulin 11-6-2019 04:04 PM
Wahh. Tak sangka boleh tersangkut dalam usus kalau diambil dalamm kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat. Hmmm. Scary.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.096285 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top