Hanya kerana tidak dilayan ketika datang beraya di rumah ibu saudara, lelaki mengugut untuk membunuh semua ahli keluarga wanita itu, lapor Sinar Harian. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang pada Khamis lalu di Kampung Tebauk, Kuala Terengganu.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila ibu saudaranya menghalang suspek yang dikatakan datang untuk beraya dan cuba masuk ke dalam rumah mangsa. Tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian, suspek kembali ke rumah mangsa kira-kira jam 7.30 malam dalam keadaan marah-marah dan memaki hamun semua tetamu. Menurut sumber, suspek berjaya ditenangkan sepupunya yang juga anak lelaki mangsa. Dia kemudian keluar dari rumah itu keadaan tidak berpuas hati. "Suspek sekali lagi datang ke rumah itu kira-kira jam 9.45 malam kononnya untuk beraya lagi, tetapi ahli keluarga mangsa tidak mengendahkannya kerana kecewa dengan tindakan suspek sebelum itu.
"Bengang tidak dilayan sebagai tetamu, suspek bertindak cuba mencederakan menantu ibu saudaranya itu dengan mencucuh puntung rokok ke arah mata sebelum sempat dihalang salah seorang anak lelaki mangsa," kata sumber. Suspek dikatakan berdendam dengan keluarga mangsa bagaikan dirasuk sekali lagi menyerang rumah ibu saudaranya itu. Kali ini, dia membawa sebatang kayu panjang dan cuba memukul semua yang ada ketika itu sebelum dihalang oleh adik lelaki suspek yang mengekorinya. Tambahnya, adik suspek kemudian merampas senjata itu dan membawa suspek pulang ke rumah mereka. "Semasa dipaksa pulang, suspek sempat mengeluarkan kata-kata ugutan yang dia akan datang semula dan cuba membunuh semua yang ada di dalam rumah itu," katanya. Bimbang dengan keselamatan keluarganya, salah seorang anak lelaki mangsa melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din yang mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI
|
jfq replied at 11-6-2019 12:53 PM
Apa sebab yg first time dia dtg depa pi halang dia masuk rumah
Nak cerita bagi lengkap la
ADVERTISEMENT