Ulser mulut atau nama lainnya disebut mata ikan atau lepuh kebiasaannya mengambil masa seminggu hingga dua minggu untuk baik pulih. Namun, perkongsian daripada seorang doktor di laman Twitter mengatakan, ulser mulut dapat diubati dengan cepat. Berikut senarai ubat yang disyorkan Dr Kamarul: 1. Ubat Gel/Losyen Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat antikeradangan, antiseptik dan analgestik (tahan sakit). Ubat ini merupakan pilihan paling popular dalam kalangan pengguna. Contoh ubat: - Muco-Aid - Oral Aid - Bonjela - Gingival Gel
2. Ubat Pes Ubat jenis ini memberi perlindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser) dan sesetengahnya mempunyai kualiti antiradang untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Contoh ubat: - Keno - Oralon - Difflam Forte 3. Ubat kumur Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kemunculan ulser. Contoh ubat: - Oradex - Hexidine - Bactidol Mouthwash Beliau juga mengesorkan beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi mengelak kehadiran ulser. - Minum air kosong 2 liter sehari - Uruskan stress dengan baik - Tidur secukupnya - Berus gigi selepas makan - Pastikan gigi palsu bersih - Hindari fake braces - Makan sayuran / buah yang tinggi vitamin - Berhenti merokok Ulser mulut sering mengganggu dan boleh menghilangkan selera makan. Ada ubat lain selain yang dinyatakan di atas lebih berkesan pada anda? - CARI
|
bulan_gerhana replied at 13-6-2019 08:26 AM
tengah mengalaminya... 1 bende pun x bole makan....
iols terus pi beli
kroit92 replied at 12-6-2019 10:43 PM
kami pakai Bonjela. beli kat 7Eleven je, tapi agak mahal lerr. beli bila emergency sangat2 je
Fatyzana replied at 13-6-2019 09:27 AM
Wow.First time nampak yang ni. Kat mana ada jual tu?
friedfishsoup replied at 12-6-2019 12:28 PM
I pakai garam je. The most effective and cepat hilang
bulan_gerhana replied at 13-6-2019 09:46 AM
iols beli kat kedai ubat cina..
dulu selalu kene ulser.. jenuh beli bonjela, oral aid, kumur dg ...
Fatyzana replied at 13-6-2019 09:45 AM
Beli kat 7E barang memang mahal dari kedai2 lain.
bulan_gerhana replied at 13-6-2019 08:26 AM
tengah mengalaminya... 1 bende pun x bole makan....
iols terus pi beli
EvieWanKenobi replied at 16-6-2019 09:35 PM
apa sebenarnya punca ulser ni?
ADVERTISEMENT