CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skandal Semakin Panas, Azmin Sifatkan Tuduhan Haziq 'Komplot Jahat'

13-6-2019 11:31 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7694| Komen: 32|Original author: Oleh: Tukang Tulis


Azmin Ali (kiri) dan Haziq Aziz (kanan). Kredit foto: Facebook

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Haziq Aziz kononnya dia terlibat dalam skandal video seks lucah yang menggemparkan negara ketika ini.

Dalam kenyataan media yang dikongsi melalui laman Facebook rasmi miliknya pada 13 Jun, Timbalan Presiden PKR itu yakin bahawa siri fitnah tersebut merupakan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuhkannya dan memusnahkan karier politiknya.

"Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas," katanya.


Kenyataan media Azmin. Kredit foto: Facebook
Beliau juga telah mengarahkan peguam-peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yang membuat tuduhan jahat terhadapnya serta pelaku yang lain.

Azmin turut menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka yang dianggapnya sebagai 'pengecut'.

Beliau percaya pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil langkah yang perlu berhubung tuduhan berkenaan.




Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan media yang disiarkan dalam Facebook pada 12 Jun memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan berunsur lucah di internet.

Jelas SKMM, mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan media SKMM. Kredit foto: Facebook
Semoga kebenaran akan memihak kepada mereka yang tidak bersalah dalam isu yang sangat panas ini. - CARI

3

Bagus

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 13-6-2019 12:17 PM
skg di whatsapp group banyak macai macai PeeH buat penafian itu ini...waktu buat fitnah PRU14 tak pula mereka terfikir benda mcm tu...bahinol betul...aku stonkol kang
Quote ang_bess 13-6-2019 12:28 PM
Xyah cakap banyak azmin.. wat report polis dan saman budak haziq tu kalau budak tu phitnah. Korang kan suke saman2 ni. Lagipun ni kan zaman rules of law
Quote akusukaq 13-6-2019 12:29 PM
Ini lah balasan Allah bagi pihak yg menang atas tiket fitnah. semoga byk lg pekong ph akan terdedah
Quote dess402 13-6-2019 12:30 PM
ntahh  ..  pie report polis cai  .
Quote sitipagi 13-6-2019 12:32 PM
pi alri kedutaan turki la jemin cam nuar masa kantoi memburit sepol

Quote singajantan 13-6-2019 12:34 PM
report laa polisss....takpun sumpah depan kaabah kaaa..kan selalu pergi umrah
Quote Asdan 13-6-2019 12:34 PM

macamana nak buktikan orang dalam video adalah dia ?
Quote highcastle 13-6-2019 12:45 PM
Asdan replied at 13-6-2019 12:34 PM
macamana nak buktikan orang dalam video adalah dia ?

Paling mudah, cuba cek CCTV atau rekod penginapan kat hotel berkenaan, ada tak kelibat atau nama dia orang.......
Quote JohnnyCastle 13-6-2019 01:05 PM


sebaq maklumat palsu pasai ekonomi boleh.....bocoqkan rahsia napsu duboq menteri tak boleh....wakakakakakakakakakakakak
Quote DahliaAmanda 13-6-2019 01:09 PM
Nak nafi pun tak guna benda dah jadi brg kes tggu kena panggil je lah
Quote aHoi83 13-6-2019 01:13 PM
highcastle replied at 13-6-2019 12:45 PM
Paling mudah, cuba cek CCTV atau rekod penginapan kat hotel berkenaan, ada tak kelibat atau nama d ...

Hotel four season mesti ada cctv setiap tingkat. Siap bole cek cctv entrance pintu bilik.
Quote dino 13-6-2019 01:17 PM
highcastle replied at 13-6-2019 12:45 PM
Paling mudah, cuba cek CCTV atau rekod penginapan kat hotel berkenaan, ada tak kelibat atau nama d ...

takyah pening2... mmg die... cuba video najib... @dodolgemok paling happy haha
Quote girlfridayz 13-6-2019 01:30 PM
Akhir zaman! Macam2 boleh jadi.. Aku tak mengiyakan dan tak menidakkan. Nak kata bukan dia, macam dia. Tapi kena ingat jugak fitnah akhir zaman mmg susah nak dibezakan mana yang betul ngan tidak.. renung2kan.
Quote Miss.Rara 13-6-2019 01:31 PM
hotel tu pulak atas nama sapa check in... cctv...

cer pihak hotel dedahkan sket ke..

tak boleh dedahkan ke?

Quote laksmanabentan 13-6-2019 01:39 PM
1- Hotel tu boleh keluarkan CCTV kot2 ada muka Azmin kat area lobby, kaunter, kat lift, dalam lift etc
2- Hotel tu confirmkan nama orang penyewa bilik hotel tu... nama Azmin, Haziq or orang lain
3- Haziq apa lagi ko buat ler akaun bersumpah
Quote laksmanabentan 13-6-2019 01:41 PM


Sandakan bukan kali pertama - Haziq
News  |  Diterbitkan Hari ini 10:57 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:57 pagi


A+      A-
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengulangi dakwaannya bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Hari ini, dia sekali lagi tampil di laman Facebook dan mendakwa rakaman video yang disebarkan sebelum ini bukan kali pertama mereka bersama.

“Pertama kali di Grand Continental Kuching, tiga tahun lalu, kemudian di Pullman Kuching semasa Pemilihan Parti (PKR) pada Oktober tahun lalu.

“Kami sekali lagi melakukannya di Hotel Grand Hyatt KL semasa tugasan kamu selaku Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan bulan lalu di Fourpoint Sandakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Haziq berkata kekurangan sokongan yang diterimanya selepas membuat pengakuan semalam menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan agenda reformasi.

“Saya dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) selepas membuat pengakuan bersumpah,” katanya.

Haziq turut mendakwa Azmin menghantar setiausaha politiknya, Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya bagi mententeramkan dirinya yang begitu takut.

“Dia paksa saya untuk menafikan bahawa diri saya dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk dirinya.

“Saya mohon lebih masa untuk merujuk kepada ibu bapa saya dan ini menimbulkan kemarahannya.

“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata ‘ini’ akan berakhir dalam 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya untuk berbohong,” katanya.

Haziq berkata beliau begitu kecewa dengan Azmin yang dipandang tingginya tetapi menyedari timbalan presiden PKR itu adalah “lelaki yang sakit” kerana tergamak merakamkan video aksi seks atas ranjang mereka.

“Saya sedari kamu lelaki yang sakit kerana hanya kamu yang yang boleh merakamkan video-video itu sebagai koleksi peribadi selepas menjemput saya ke bilik hotel pada semua kejadian,” katanya.

Haziq berkata dia bimbang lebih banyak video berkenaan akan disebarkan dengan Azmin boleh menafikannya dengan kelebihan sebagai seorang menteri tetapi masa depannya sudah berkahir.

“Kamu juga mempunyai perdana menteri yang berikrar memberi sokongan penuh sebelum sebarang siasatan rasmi dijalankan.


“Hanya kebenaran boleh membebaskan saya dan saya amat bimbang dengan keselamatan keluarga dan diri saya.,” katanya.

Haziq juga berharap orang ramai dapat menilai diri sebenar Azmin yang didakwanya sering memanipulasi dan dikelilingi oleh konco-konconya, terutama Hilman; (Exco Pulau Pinang, Dr) Afif (Baharddin); (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Zuraida (Kamaruddin).

Malaysiakini telah menghubungi ketiga-tiga mereka untuk mendapatkan reaksi mereka.

Semalam, Azmin menafikan bahawa dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Mahathir juga menolak video berkenaan sebagai palsu, dan mendakwa bahawa mereka di sebaliknya mempunyai motif politik.

Quote EmaAsmadi 13-6-2019 01:47 PM
{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose
Quote arnauld 13-6-2019 01:55 PM
laksmanabentan replied at 13-6-2019 01:41 PM
Sandakan bukan kali pertama - Haziq
News  |  Diterbitkan Hari ini 10:57 pagi  |  Dikemaskini Ha ...

Adoi yaiiii....ini mau kasi tanam rapattttt2 ni...tu la madey,  kan dia dah Tanya bila nak handover jawatan pm8 hahahaha...so either bagi handover date or snap election hehehehehe get ready guys pru15 comes early hehehehehe
Quote tumpanglalu74 13-6-2019 01:57 PM
IMG_20190613_134818_198.JPG
IMG_20190613_134850_656.JPG
IMG_20190613_135410_493.JPG
[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=140181107092660&id=100033023132063[/fbp]

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051703 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top