Gadis berusia 15 tahun maut terjatuh dari ketinggian 90 kaki selepas cuba bergaya di atas bumbung sebuah pangsapuri untuk merakam gambar berlatarbelakangkan matahari terbenam. Kejadian itu dipercayai berlaku di Moscow, Rusia.
Mirror melaporkan, Ekaterina Chernova meminta bantuan rakannya untuk merakam gambarnya ketika berdiri di atas bumbung bangunan sembilan tingkat itu, namun hilang keseimbangan sebelum terjatuh. Difahamkan, polis sedang menyiasat mengapa pintu ke bumbung blok pangsapuri itu dibiarkan terbuka.
Ekaterina dikatakan meninggal dunia serta-merta, sekali gus menjadikan dia gadis keenam dilaporkan terbunuh atau parah di Rusia ketika cuba berswafoto. Dalam satu kejadian di Tyumen pada bulan lalu, Milena Popova, 15, dilaporkan terselamat selepas terjatuh dari ketinggian 100 kaki ketika cuba mengambil swafoto sempena ulang tahunnya. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 01:38 PM
Mati sia2 cantik.. dtg la malaysia.. jd supermodel.
sharlenetexas replied at 13-6-2019 01:39 PM
Dapat cekup vvip.
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 01:38 PM
Mati sia2 cantik.. dtg la malaysia.. jd supermodel.
miszclassique replied at 13-6-2019 01:57 PM
Jadi supermodel kat msia pun boleh jatuh bangunan sis sebab having s** dekat balkoni
RatuDunia94 replied at 13-6-2019 01:38 PM
Mati sia2 cantik.. dtg la malaysia.. jd supermodel.
umbut replied at 13-6-2019 02:37 PM
Model malaysia watper.. ongkos ciput..
ADVERTISEMENT