CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Banyak Buat Salah, Buat Dosa Pada Kau" - Diva AA Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

14-6-2019 05:31 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 14783| Komen: 66|Original author: Oleh: SakuraJo

Hubungan tegang dua beradik, Azwan Ali dan Azmin Ali sememangnya sudah diketahui umum. Bagaimanapun, baru-baru ini, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyatakan hasratnya untuk berbaik dengan abang kandungnya itu setelah sekian lama bermasam muka. 



Hasratnya itu disampaikan melalui mStar ketika temubual eksklusif bersama Diva AA. 

Menerusi laporan mStar, Diva AA mengatakan yang dia seringkali mendapat soalan daripada peminat yang mahu melihat kedua beradik itu berbaik sehingga terdetik rasa mahu memperbaiki hubungan kekeluargaan mereka. 

"Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap; Min (merujuk kepada Azmin) selama ini aku banyak buat salah, buat dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min," ujar Diva AA memetik laporan Mstar.


Tambah Diva AA, terlalu banyak yang dilalui oleh mereka adik-beradik yang telah menjadikan dia seorang yang keras hati. 

"Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya," kata Diva AA dengan merendah diri dan berharap agar hasratnya itu akan sampai kepada Azmin.

Diva AA turut menegaskan yang dia ikhlas mahu berbaik dengan abangnya dan bukannya kerana politik kerana dia sedar air yang dicincang tidak akan putus. 

"Sebab bila saya fikir sampai bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat, tapi adik-beradik kan.. ibarat air yang dicincang tak akan putus," ujarnya lagi. 

Bagaimanapun, Diva AA berharap agar orang ramai memberikan mereka masa dan tidak mengecamnya dan sebaliknya mendoakan yang terbaik.

Kredit foto : Carian Google

Diva AA juga tidak menolak untuk bertemu abangnya itu sekembalinya ke tanah air suatu hari kelak. 

"Sekiranya saya pulang ke Malaysia dan ketika itu Allah lembutkan hati dia (Azmin) untuk berjumpa dengan saya, sudah tentu saya sedia dengan hati yang terbuka," kata Diva AA yang kini berhijrah ke Kota London semenjak Februari yang lalu. 

Apa pun, sama-sama kita doakan agar hubungan kedua beradik itu kembali pulih. -CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 14-6-2019 05:46 PM
aikkk..bila masa dia pindah london chuolss...patut diam jerrrr
Quote Kurex 14-6-2019 05:49 PM
Boleh caya ke??
Quote aliamaisarah40 14-6-2019 05:50 PM
dah melahar mcm2 kat abg, tetiba minta maaf . uturn btul laa diva nie. kakak diva xnak minta maaf gak ke
Quote de_ikea 14-6-2019 05:58 PM
Berita ni dulu ke? Video carut abang nya dulu?

Iols keliru!
Quote kakasotong2 14-6-2019 06:03 PM
Orang bodoh je yg percaya & follow lg drama murahan dia ni. Korang tengok tahun depan pulak kisahnya terbalik dengan kisah harini   


Yg si adik perempuan mulut puaka tu plak xsedar diri, dok up status kutuk2 abang lepas tu selit2 nama Tuhan fefeling ko teraniaya cettt. Geli betul dlm maki2 lepas tu ratib Tuhan kehulur kehilir


1 keluarga kaki drama. Dimana silap & salah arwah maktom & arwah hj ali dlm mendidik n mengasuh anak2 diorang. Kesian sgt.
Quote hzln 14-6-2019 06:14 PM
Ehhh bukan semalam ka baru cabar abangnya bersumpah? Hakak tak klik la bideo tu, tgk tajuk jer, tak kuasaaa nak ambik tau psl kluarga tingtong ni
Quote damian_lee 14-6-2019 06:18 PM
Bukan baru carut sontot menyontot ke?
Kompius la adikk
Quote MatDeghem 14-6-2019 06:24 PM
Sewel yg tak boleh di bawak berbincang  ......


[youtube]0mZJVor6QII[/youtube]



Quote putehkundor 14-6-2019 06:30 PM
kadang2 nampak tasty jugak azmin ni...
Quote danieladam 14-6-2019 06:39 PM
Kesiannya arwah mam tom dan arwah hj ali..azmin dgn bersemburit, azwan dgn gila nya, umi hafilda dgn maki sana sini. Kesian betol
Quote ekselen 14-6-2019 06:52 PM
I rasa propa je....mesti nk dpt something tu spy boleh burukkan abg dia lg...sbb kalau betul2 dia adik beradik yg baik dia takkan ckp mcm2 psl hal family kat socmed...bkk aib adik beradik for the sake of publicity?pentingkan diri sendiri,dia ngan yg sorg lg tu sama je perangai...tak lama ni pastu merempan lg...
Quote EvieWanKenobi 14-6-2019 07:19 PM
msdummy.2018 replied at 14-6-2019 05:46 PM
aikkk..bila masa dia pindah london chuolss...patut diam jerrrr

since Feb tahun ni dah duduk di London katanya..
Quote syadq 14-6-2019 07:22 PM
Kurex: Boleh caya ke??


Berbaik utk dapatkan no Haziq agaknya {:run
Quote sleepandream 14-6-2019 07:38 PM
wayang je lebih... iols geli dengan azwana alia neh.... dahla wayar putus...
konfiden jah nak lawan azmin PRU lepas... last2 dapat 90 undi jah... tolak sheols so ada 89 orang gila yang mengundi
Quote slyfynx 14-6-2019 07:40 PM
Dah2 la weh
Ko skrg dah x significant Azwan.
Saje nk naikkan nama balik sbb Azmin tgh hot skrg kan
Quote giyomi 14-6-2019 08:08 PM
wow dah hijrah ke londhon...kat london jd cleaner...saje nak tau. jgn kecam
Quote nura19 14-6-2019 08:51 PM
Ape2 jela AA oiii..
Quote disneyrecess 14-6-2019 09:24 PM
Menda lahai... Lama jenguk ig diva nih, apa khabar heshe? masih meroyan?
Quote duricinta 14-6-2019 10:36 PM
Bilanye berhijrah ke london?  Ye ke ni?  Wat apa kt sna?

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.061662 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top