CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gadis Naga Habiskan RM105,000 Cacah Tatu Dan Tindik Badan, Warnakan Mata Biru

17-6-2019 12:40 PM| Diterbitkan: GJboy| Dilihat: 10952| Komen: 50|Original author: Oleh: Abang Boy

Amber mewarnakan rambut biru berpadanan dengan bebola mata warna sama. Kredit: Amber Luke/Instagram
Seorang wanita digelar gadis naga kerana menghabiskan wang lebih £20,000 (RM105,000) untuk mencacah tatu dan tindik pada badan kini tayang modifikasi badan terbarunya.


Amber Luke, 24, dari New South Wales, Australia kini tampil dengan set gigi taring dan mencacah tatu dakwat biru pada bebola matanya.

Sebelum dan selepas
Memetik laporan The Sun, Amber mula melakukan modifikasi ekstrem pada tubuh sendiri seawal usia 16 tahun dan kini, dia ada lebih 130 tatu.

Selain mengubah warna bebola mata, gadis ini memiliki lidah bercabang selepas membelahnya dan tindik lubang telinga yang dibesarkan.

Proses mewarnakan bebola matanya mengambil masa selama 40 minit, dengan risiko dia boleh jadi buta kekal. Malah Amber dikatakan tidak berupaya melihat selama tiga minggu sehingga bebola matanya sembuh.

Kini bergelar 'naga bermata biru', gadis itu melawat Amerika Syarikat pada tahun ini untuk meningkatkan imej mengerunkan dengan mendapatkan set gigi taring pada mulutnya.

Gigi taringnya cukup tajam hingga mampu menembusi dan memotong daging.

Gadis ini turut memiliki gigi taring tajam. Kredit: Amber Luke/Instagram
Portal thesun yang memetik laporan Mail Online melaporkan Amber sebagai berkata: "Saya memilih gigi taring kira-kira dua tahun lalu. Saya tahu saya mahu ia sebahagian daripada rupa sendiri. 

"Satu hari nanti saya akan mendapatkan (set gigi taring) kekal."

Amber menunjukkan lidah bercabangnya. Kredit: Amber Luke/Instagram
Untuk menyerlahkan warna kebiruan pada mata, Amber baru-baru ini memilih untuk mewarnakan rambut blonde asal kepada biru terang.

Dia juga masih mencari ilham untuk melakukan lebih banyak modifikasi badan.

Amber berkata: "Saya rancang untuk mendapatkan tatu ketika di Melbourne daripada sekurang-kurangnya empat artis tatu berbeza. Dan saya merancang untuk empat sesi ukiran lemak pada perut dan punggung."

Amber miliki lebih 130 tatu pada seluruh tubuhnya. Kredit: Amber Luke/Instagram
Percaya atau tidak, dia mendakwa berasa lebih yakin disebabkan seni pada badannya.

Dia merumuskan pandangan sinis daripada khalayak dengan berkata: "Saya tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa. Saya buat apa saya suka. Jika ia membuatkan saya bangun dan jadi gembira, jadi biarlah." -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Wimoon 17-6-2019 01:05 PM
Nasib lah lawa jugak lg. Ada lg rupa orang
Quote Boomibulat 17-6-2019 01:07 PM
Dh tua esk msti nyesal
Quote Biabetik 17-6-2019 01:23 PM
Mulut kuar api x?
Quote matchstick 17-6-2019 02:10 PM
lidah n mata menakutkan..corak tatu kt badan dia boleh terima lg lah. cantik jgk. bukan main conteng segala gmbr cicak mengkarung dll
Quote Minami2013 17-6-2019 02:34 PM
Sayang nye... cantik tapi gile
Quote Artemesiaa 17-6-2019 02:50 PM
Sayang sampai jadi sebegitu yang asal dah cukup cantik
Quote aleesyasofia 17-6-2019 03:06 PM
hodoh jer rupanya..
Quote puding_caramel 17-6-2019 03:26 PM
x macam naga pun..
Quote batmana 17-6-2019 03:32 PM
ni bukan seni,
ini sakit jiwa

mana tau esok lusa nak jadi kambing plak
kene padam tatu jadi tatu kambing pasni..
Quote BoongaKertas 17-6-2019 03:47 PM
me: girl, whyyyyy??
Quote chinta89 17-6-2019 03:52 PM
masa muda maybe rse cantik/ menggiurkan sb bdn fresh, dh tua2 ko tgk la sendiri.. dh mcm mak lampir ngn lidahbercabang, mata biru jadian, gigi taring.

kat Mesia ni ntah2 akan ada Urban Legend psl seorang manusia yg dulunya gadis paling cantik di kampung ABC lps tu tsalah menuntut ilmu, hujung2 jd nenek kebayan di dlm hutan. padahal diri sendiri alter sana sini. tokok tambah eh ehhh jd manusia jadian pulek!
Quote golden_rose 17-6-2019 04:00 PM
tang mana naga?
Quote abangadek 17-6-2019 04:05 PM
taring tu mesti menikam bibir kan
Quote mawardia 17-6-2019 06:12 PM
Saiko lah yihhhh
Quote ikanmasin 17-6-2019 07:23 PM
sanggup warnakan mata tu biarkan kemungkinan akan buta
selamanya.takde rasa takut tak sayang nyawa sungguhlah..
bukan tak cantik pun cantik jg tp nak berlebihan2 cantik jadilah
begini ye..
Quote crazybeach 17-6-2019 09:25 PM
buruk busuk kepam jah.

tapi iols lebih nak tahu kau buat kerja hape dpt spend duit sebanyak itu. irs australia sendu sepi ke jah. ke kerja kau menghabiskan reta family sajork.

ke kau berskandal call girl sugar daddy bagai. lalu pulak diorang nak kat kau dengan tatu hudoh lidah bercabang semua tuh
Quote missycutie 17-6-2019 09:59 PM
sayangnya..muka lawa
Quote Linahlynn 17-6-2019 11:44 PM
Ampun syg nya duit tu
Quote farlis 18-6-2019 02:02 AM
Lawa tp syg biol

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.169513 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top