CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara "Freelancer' Jana Wang Tambahan Dengan Lumayan

18-6-2019 12:02 PM| Diterbitkan: amirarozlan| Dilihat: 3679| Komen: 13|Original author: Oleh: Amira Rozlan

Bagi menampung kos sara hidup masa kini, ramai yang melakukan kerja sampingan atau bekerja sambilan. Baik mereka yang berkerjaya, mahupun suri rumah yang tiada pendapatan bulanan, kebanyakannya kini gigih mencari 'duit poket' lebih. 


‘Freelancer’ selalunya menawarkan perkhidmatan tertentu kepada syarikat atau individu yang berlainan pada satu-satu masa. Lazimnya, mereka melakukan pekerjaan dari rumah. 

Kelebihan menjadi freelancer adalah waktu yang fleksibel dan mereka boleh memilih sama ada mahu mengambil satu-satu projek atau tidak selain menetapkan bayaran yang dikehendaki. 


1. Tawarkan Khidmat Tambahan Ikut Keperluan Pelanggan

Kalau menjadi seorang penulis bebas, anda boleh menawarkan diri untuk menulis lebih banyak artikel ataupun menjaga laman sesawang mereka untuk menguruskan media sosial syarikat berkenaan.

Dari situ, anda boleh meningkatkan pendapatan, sekali gus menambah pengalaman. Dengan pengalaman yang ada, anda boleh menawarkan khidmat kepada syarikat-syarikat lain dengan harga lebih tinggi. 


Gambar Hiasan


2. Bina Porfolio Profesional Sendiri 

Ini adalah peluang yang bagus di mana syarikat lain akan bersikap lebih terbuka dan mudah untuk mengambil perkhidmatan anda kerana mereka mengenali syarikat besar yang pernah menggunakan khidmat anda sebelum ini. 

Dengan itu, anda boleh berunding mengenai 'harga' yang lebih tinggi kerana pernah memberikan khidmat di syarikat-syarikat besar. Wah, menarik bukan?


Foto: Business News Daily


3. Bina Kredibiliti Dari Masa Ke Masa

Bina kredibiliti yang mantap semasa bekerja dengan menunjukkan prestasi yang bagus. Jika hasil kerja berkualiti dan diakui oleh syarikat tersebut, pasti ia juga akan disedari syarikat lain dan mereka pasti ingin mendapatkan khidmat anda. 

Seronok bila dah dapat kepercayaan syarikat besar.


Foto: alanihafoka.net

Jadi Freelancer memang lumayan dan senang untuk 'buat duit'. Malah, boleh buat kerja dari rumah saja, tak perlu bersusah-payah datang pejabat untuk melaksanakan kerja. Yang penting ada banyak masa dengan keluarga dan diri sendiri, betul tak? - CARI
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • HyperHanim


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 18-6-2019 12:46 PM
Aku jual diri, tapi x laku hahaha
Quote amirarozlan 18-6-2019 07:14 PM
Andyscenes replied at 18-6-2019 12:46 PM
Aku jual diri, tapi x laku hahaha

siapa suruh jual diri... Banyak lagi benda boleh jual untuk menjana pendapatan.
Quote Andyscenes 18-6-2019 11:33 PM
amirarozlan replied at 18-6-2019 07:14 PM
siapa suruh jual diri... Banyak lagi benda boleh jual untuk menjana pendapatan.

Contohnya cik senah??
Quote anastasia7 18-6-2019 11:54 PM
Freelance ada beberapa platform online utk tawarkan perkhidmatan. Antara yg pernah tahu ialah fiverr. Semua perkhidmatan pada harga usd5. Tak pernah lg join. Kalau malaysian based pun ada. Tapi tak ingat namanya. Cuma nampak suam2 kuku je
Quote amirarozlan 19-6-2019 09:19 PM

Contohnya banyak terdapat di Instagram. Ramai peniaga-peniaga menjana pendapatan melalui hasil jualan mereka. Contoh barangan yang dijual seperti aksesori, pakaian, kasut, gadget dll. Atau join dropship.
Quote Andyscenes 19-6-2019 09:38 PM
amirarozlan replied at 19-6-2019 09:19 PM
Contohnya banyak terdapat di Instagram. Ramai peniaga-peniaga menjana pendapatan melalui hasil jua ...

Aku xde insta hurm. Xpelah
Quote ShawnGray77 21-6-2019 12:31 AM
anastasia7 replied at 18-6-2019 11:54 PM
Freelance ada beberapa platform online utk tawarkan perkhidmatan. Antara yg pernah tahu ialah fiverr ...

Upwork Malaysia is one one of them ... banyak jenis jobs and the pay is good too
Quote anastasia7 21-6-2019 11:51 AM
ShawnGray77 replied at 21-6-2019 12:31 AM
Upwork Malaysia is one one of them ... banyak jenis jobs and the pay is good too

Will check out. Tq,
Quote anastasia7 21-6-2019 11:54 AM
ShawnGray77 replied at 21-6-2019 12:31 AM
Upwork Malaysia is one one of them ... banyak jenis jobs and the pay is good too

Dah tgk. Ada profile bergambar bagai, nampak pro la.  Pernah guna?
Quote ShawnGray77 21-6-2019 12:17 PM
anastasia7 replied at 21-6-2019 11:54 AM
Dah tgk. Ada profile bergambar bagai, nampak pro la.  Pernah guna?

Some of my friends ada guna. Ada banyak choices ikut apa yg you nak. My friend do the translation stuff and another product testing/reviewing.
Quote anastasia7 21-6-2019 04:20 PM
ShawnGray77 replied at 21-6-2019 12:17 PM
Some of my friends ada guna. Ada banyak choices ikut apa yg you nak. My friend do the translation  ...

IC. Thanks a lot
Quote ShawnGray77 21-6-2019 04:24 PM
anastasia7 replied at 21-6-2019 04:20 PM
IC. Thanks a lot

You are welcome
Good luck

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.147021 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top