Seorang ahli silap mata hilang selepas masuk ke dalam Sungai Ganges Ahad Lalu. Chanchal Lahiri dari India masuk ke sungai dalam keadaan dirinya diikat dengan rantai besi dan tali.
Metro UK melaporkan, Chanchal atau dikenali dengan nama pentasnya Jadugar Mandrake diturunkan oleh kren dengan disaksikan oleh ahli keluarga, media dan polis dari tebing. Selepas mangsa yang berusia 40 tahun itu gagal muncul semula, usaha pencarian pun dimulakan. Difahamkan, 21 tahun lepas dia berjaya melepaskan diri daripada aksi serupa yang dilakukan di tempat yang sama. "Saya berada di dalam kotak kaca kalis peluru yang diikat dengan rantai dan dikunci sebelum diturunkan dari Jambatan Howrah. Kemudian saya keluar dalam masa 29 saat. Kali ini, dia akui adalah sesuatu yang sukar untuk melepaskan diri. "Sekiranya saya boleh membukanya maka ia akan jadi satu magis tetapi jika tak boleh akan menjadi tragis." Setakat ini, Chanchal masih belum ditemukan. -CARI
|
laksmanabentan: hantu air dia da takde da...dulu tahun 2002 ada ler sekitar situ..da tua da hantu air dia... tu yg terus hilang tuh....
ADVERTISEMENT