CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tidur Lampu Terbuka Punca Gemuk?

18-6-2019 04:42 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6054| Komen: 29|Original author: Oleh: natrahn


Salah satu faktor untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah tidur dalam keadaan/tempat yang gelap. Sekiranya terlalu terdedah kepada cahaya semasa tidur merupakan satu amalan yang tidak sihat.


Gambar Ihsan Google

Umumnya menurut sains, semakin malam dan semakin gelap keadaan di keliling, tubuh kita akan mudah merasa letih dan mengantuk. Ini kerana, semakin meningkat waktu malam , hormon yang dipanggil Melatonin akan terhasil dari kelenjar pineal. Hormon Melatonin berfungsi membantu memberi reaksi positif bagi tubuh kita bersedia untuk berehat. Hormon ini juga berfungsi menguatkan daya tahan sistem imunisasi seseorang. 

Gambar Ihsan Google

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati, individu yang tidur dengan lampu terbuka atau komputer / tv terpasang dikaitkan dengan 

a. peningkatan 5kg berat badan atau lebih
b. peningkatan risiko 10% BMI
c. risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Joan Roberts, seorang pengamal biologi telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan mengenai tidur di tempat gelap. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu terpasang pada waktu malam dan kadar hormon melantoninnya dicatat. Hasil keputusan yang diperolehi menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi 'body clock' yang mengawal masa tidur - sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif masih merupakan punca utama obesiti. Jadi sebelum kita membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawasanya:

1. Hormon melatonin boleh bekerja dengan baik dalam keadaan gelap untuk mengawal kesihatan dan mencegah penyakit kronik seperti kanser.
2. Keadaan gelap memberi lebih peluang kepada kita untuk tidur nyenyak dan tenang. 
3. Sel-sel tubuh kita yang rosak lebih cepat dibaiki oleh tubuh dalam keadaan gelap.
4. Keadaan gelap memberi lebih peluang untuk hilang berat badan dengan lebih mudah

Jangan lupa tutup lampu malam ni! Selamat beramal. -CARI

Sumber : Public Health Malaysia
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 18-6-2019 04:43 PM
ye ker...aku tdo mesti pasang lampu tido..x gemuk punnnn
Quote Lengkong 18-6-2019 04:52 PM
Ok lepas ni akan pastikan tutup lampu sebelum tido untuk dapatkan waktu tido/rehat yg berkualiti. First time baca menarik info ni
Quote Artemesiaa 18-6-2019 05:26 PM
Lebih selesa tidur kalau lampu dipadamkan tak silau mata
Quote dekmieDandy 18-6-2019 05:28 PM
aku tiap hari tido bilik macam gua pon still gemok
Quote chipsmoremore 18-6-2019 08:41 PM
makcik tido mesti tutup lampu gelap... pasal tu makcik awet muda
Quote orgsepang 18-6-2019 08:51 PM
Kalau sendiri tak ada masalah nak bergelap tapi setakat ini bertahun2 tidur lampu terpasang tak ada pula jadi gemuk
Quote natrahn 19-6-2019 08:20 AM
dekmieDandy replied at 18-6-2019 05:28 PM
aku tiap hari tido bilik macam gua pon still gemok

tak dapek nak nolong...tidur lampu terbuka menyumbang kepada obesiti tapi bukan faktor utama.. tidur tutup lampu, makan tak agak-agak lah tetap menjadi punca kepada kegemukan yang....
Quote haryatie 19-6-2019 08:36 AM
da berpuluh tahun aku tido lampu pasang x gemuk pun
kalau da makan x ingat dunia, malas bersenam
ada ke boleh kurus
Quote Boomibulat 19-6-2019 09:09 AM
Mkn x jaga,senaman x buat ujung2 lampu yg salah
Quote dekmieDandy 19-6-2019 09:37 AM
natrahn replied at 19-6-2019 12:20 AM
tak dapek nak nolong...tidur lampu terbuka menyumbang kepada obesiti tapi bukan faktor utama.. tid ...

hehe gitular sis, tapi memang betul tidur lena ni boleh kurus

cuma kena fira faktor keselesaan katil sekali
Quote lagendahidup 19-6-2019 11:40 AM
uish biar betik
Quote cyber_mania 19-6-2019 02:26 PM
Klau tido tutup lampu tapi tv terpasang tu kira boleh bagi gemok jgk la kan. Hmmm
Quote natrahn 19-6-2019 02:35 PM
cyber_mania replied at 19-6-2019 02:26 PM
Klau tido tutup lampu tapi tv terpasang tu kira boleh bagi gemok jgk la kan. Hmmm

betoi...tv/komputer...
Quote puanbintang 19-6-2019 03:27 PM
tapi biasanya memang tidur pasang lampu kecik pun....dah terbiasa sampai tak reti tidur bergelap pulak
Quote natrahn 19-6-2019 04:02 PM
puanbintang replied at 19-6-2019 03:27 PM
tapi biasanya memang tidur pasang lampu kecik pun....dah terbiasa sampai tak reti tidur bergelap pul ...

kalau puan tiada masalah berat badan takpe. hihihi..
Quote Meiizu 19-6-2019 04:50 PM
haaaelok lahh boleh wat excuse baru..gemuk sebab lampu (bukan sebab kuat makan)
Quote Foxey 19-6-2019 06:53 PM
Blame it on other things kekdahnya
Quote nono86 19-6-2019 10:51 PM
Patut la aku makin  gemuk. Berganda2 tidur dlm cerah + laptop terbuka + makan byk
Quote kakakOmes 19-6-2019 11:16 PM
Iols kalau dah ngantuk sgt tak peduli pun lampu on/off gemok pun gemok lah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.217525 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top