CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Guna Payudara Ampu Bekas Minuman Gaya Swafoto Terbaru

20-6-2019 11:11 AM| Diterbitkan: GJboy| Dilihat: 7063| Komen: 21|Original author: Oleh: Abang Boy

Potret Robert Cornelius
Kredit: publicdomainreview.org/India Times

Selfie atau swafoto pertama dunia dipercayai dirakam Robert Cornelius pada Oktober 1839 ketika dia berdiri di pekarangan belakang kedai lampu milik keluarga di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Peralihan teknologi dan perkembangan penggunaan telefon berkamera serta telefon pintar hari ini menyaksikan swafoto menjadi satu budaya popular di serata dunia.

Orang ramai tanpa batasan umur gemar merakam swafoto, memuat naik serta berkongsi gambar mereka dengan pelbagai aksi di media sosial.



Seorang wanita berswafoto dengan meletakkan minuman bubble tea atas payudara
Kredit: Instagram/ei_ya_toko/Daily Mail

Kini, ada satu trend baharu di mana penggemar minuman 'bubble tea' di serata dunia khasnya wanita mula terjebak dengan trend swafoto menggunakan aset kewanitaan mereka bagi mengimbangi minuman popular itu.

Memetik laporan Daily Mail, trend yang mula muncul di Jepun tersebut menjadi sensasi dalam tempoh beberapa minggu selepas seorang model wanita negara matahari terbit itu berkongsi satu video di laman sosial.

Klip video itu menunjukkan dia sedang menyedut straw daripada bekas minuman yang diletakkan di antara payudaranya.


Gadis ini menyedut minuman yang diletakkan antara payudara sambil bermain telefon pintar
Kredit: Instagram/pink_mahoshojo/Daily Mail

Sejak itu, wanita di serata tempat mula merakam swafoto dan menunjukkan bagaimana mereka menggunakan dada sebagai pemegang minuman.
Memetik laporan Asia One, swafoto popular itu sudah tersebar dari Jepun hingga ke Thailand dan Taiwan.

Konsep 'bebas tangan' itu membolehkan seseorang meminum dengan hanya meletakkan bekas minuman di antara payudara supaya boleh berswafoto atau melakukan tugas lain.


Lelaki ini menggunakan topi sebagai pemegang minuman
Kredit: Instagram/toon_mudamuda24/Daily Mail

Nampaknya, ada juga di kalangan lelaki turut terjebak dengan trend itu. Namun, golongan Adam menggunakan teknik lain memandangkan mereka tidak memiliki aset kewanitaan.

Ada sebilangan lelaki memilih topi sebagai pemegang minuman. Ada juga menggunakan tali pinggang keledar untuk memegang bekas minuman sambil memandu. Sebahagian besar koleksi gaya swafoto seperti itu dikongsikan di Twitter dan Instagram.


Chris Hemsworth melakonkan watak Thor dalam filem Avengers: Endgame
Kredit: grunge.com

Sehebat mana pun seseorang wanita berswafoto menggunakan payudaranya sebagai pemegang minuman, mampukah dia tandingi kehebatan Thor gemuk dalam filem Avengers: Endgame? - CARI
5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikB 20-6-2019 11:32 AM
macam-macam la...
Quote mieymiey 20-6-2019 11:39 AM
Tekcik can't relate.
Quote schabella 20-6-2019 11:45 AM
Tek besar boleh la buat gitu..
Quote nazzse 20-6-2019 11:57 AM
untunglah besar ada tempat pemegang ori
Quote cyber_mania 20-6-2019 12:08 PM
Nak handsfree sangat. Klau tumpah, rugi je
Quote Artemesiaa 20-6-2019 12:18 PM
Sikit lagi kat sini pun pasti ada yang ikut.  Tapi minum cara tu nampak macam pemalas sangat orangnya nak pegang minuman sendiri pun malas.
Quote cikkatak 20-6-2019 12:43 PM
Tek padat boleh la ampu air mcm tu.
Quote crazybeach 20-6-2019 01:42 PM
tak basah kuyup ke nanti kopek tu
Quote ikanmasin 20-6-2019 05:19 PM
macam2 jer lah skrg ni
Quote giyomi 20-6-2019 08:23 PM
sat gi ada yg kepit kat cikpap lak
Quote groundfloor 20-6-2019 08:28 PM
Mcm2 trend sekarang...makin pelik...
Quote NoraAnne 20-6-2019 11:24 PM
Dah mcm cacat pulak, ada tangan taknak guna
Quote maitang 21-6-2019 11:27 AM
perut thor wins big time!!!
Quote darls 21-6-2019 11:44 AM
erk ada ke rakyat Msia yg mengikut
Quote missycutie 21-6-2019 12:19 PM
Hai la...macam2....byk idea betul
Quote tulanglampai 21-6-2019 03:41 PM
yg bosar je hahaha
Quote puanbintang 24-6-2019 10:42 AM
ntah papela trend macam ni
Quote iloveyou 26-6-2019 03:14 PM
A & B cup cant relate
Quote ThuLE 27-6-2019 03:53 PM
OMG...  nasib belum keluar malaysian version punya..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.103444 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top