CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Avengers: Endgame Ditayang Semula Pada 28 Jun, Kali Ini Ada Deleted Scenes & New Footage?

20-6-2019 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5625| Komen: 21|Original author: Oleh: SakuraJo

Masih ramai yang belum boleh 'move on' walaupun filem Avangers: Endgame sudah pun mula ditayangkan pada April yang lalu. Malah, ianya masih lagi mendapat sambutan di pawagam-pawagam tempatan dan ramai yang bersedih kerana ianya merupakan sekuel terakhir untuk filem keluaran Marvel Studios itu. 



Belum pun habis demam Endgame, semalam heboh pula diperkatakan di media sosial dimana terdapat ura-ura mengatakan yang filem Avanger: Endgame bakal ditayangkan semula pada 28 Jun ini dengan beberapa babak tambahan termasuk yang telah dipadam, tribute untuk Stan Lee serta beberapa babak kejutan yang lain. 

Lebih mengujakan, versi baharu ini juga akan diselitkan dengan 'post-credit scene' seperti kebiasaan filem-filem keluaran Marvel Studios. 

Salah satu akaun Twitter peminat filem Marvel Malaysia iaitu @TwtMarvel juga turut teruja untuk berkongsi berita tersebut semalam..



Naib Presiden Marvel Studios, Kevin Feige juga ada mengumumkan tentang perkara tersebut. 

Kredit foto : Twitter

Bagaimanapun, agak sedikit mengecewakan apabila ada yang mengatakan versi baharu ini hanya akan ditayangkan di Amerika Syarikat sahaja. 
Kredit foto : Twitter

GSC Cinemas mengesahkan belum menerima apa-apa maklumat mengenai Endgame versi baharu itu..

Kredit foto : Twitter GSC
Dalam pada itu, rata-rata peminat filem sekuel itu menunjukkan perasaan teruja mereka dan dalam masa yang sama merasa kecewa sekiranya filem tersebut tidak ditayangkan di Malaysia. 

Kredit foto : Twitter

Apa pun, kita tunggu sahaja perkembangan terkini daripada pihak pawagam GSC Cinemas dan TGV Cinemas. Harap-harap akan ditayangkan di Malaysia juga. Tak sabar! -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 20-6-2019 12:26 PM
sori, tak follow citer ni, yang keluaran terbaru ni HD ke
Quote hyie 20-6-2019 12:32 PM
yang hari tu pun iols tak tengok lagi...so kalau ditayangkan yang ni, sempat la iols pegi cikcur ke cinema nanti
Quote AbukRokok 20-6-2019 12:37 PM
perlu ke nk tgk lagi? adakah kali ini thanos betul2 menang dan starky terus hidup ?
Quote bolamata 20-6-2019 12:59 PM
tunggu la sebulan dua lepas tayang kat amerika tu, mesti akan ada kat internet movie uncut ni
Quote schabella 20-6-2019 01:18 PM
Nnt ada la tu sape2 masuk kn dlm internet
Quote miszclassique 20-6-2019 01:27 PM
Tengok online jelah. Motip nak bayar rm25 lagi untuk tengok tambahan video berapa minit? 5 minit?
Quote cmf_premierleag 20-6-2019 01:38 PM
x minat la citer2 mcm ni
kowser sgt nk tgk makhluk2 muka buruk tu sume
Quote Artemesiaa 20-6-2019 03:00 PM
Curi perhatian mungkin sebab mereka tahu banyak filem2 hebat bakal ditayangkan tak lama lagi
Quote e.gurl 20-6-2019 03:14 PM
Strategy nak try pecahkan record Avatar la tu...

Avengers: Endgame = US$2.74bil
Avatar = US$2.788 billion
Quote MeMeimei 20-6-2019 03:20 PM
sampai 4 jam ke kali ni
Quote cricketworldcup 20-6-2019 03:21 PM
A phenomenal century by New Zealand https://www.cricketworldcup.com/fixtures captain Kane Williamson helped his side register a four wicket win against South Africa in Birmingham on Wednesday (June 19). The Kiwis with nine are currently top of the table subsequent to having won four of their five recreations with one having been washed out. South Africa, who have just
Quote seramado 20-6-2019 03:25 PM
Nk tgk weh
Quote MadameOnion 20-6-2019 04:36 PM
AbukRokok replied at 20-6-2019 12:37 PM
perlu ke nk tgk lagi? adakah kali ini thanos betul2 menang dan starky terus hidup ?

stark maintain arwah kot..maybe end credit scene deleted yg arwah stark jumpa morgan yg dah remaja tu..katherine langford kot..and maybe tunjuk sikit cap hantaq batu balik
Quote MadameOnion 20-6-2019 04:37 PM
i pegi je  kalau ada tayang kat malaysia..end game pun i tengok 5 kali
Quote myoujin 20-6-2019 04:40 PM
e.gurl replied at 20-6-2019 03:14 PM
Strategy nak try pecahkan record Avatar la tu...

Avengers: Endgame = US$2.74bil

Tahun 2009 ngan 2019 berpaa banyak inflasi..
Ikut jualan tiket kalah endgame.
Quote jofizo 20-6-2019 04:55 PM
e.gurl replied at 20-6-2019 03:14 PM
Strategy nak try pecahkan record Avatar la tu...

Avengers: Endgame = US$2.74bil

kalau ikut nombor dh dekat la tp kalau ikut nilai 2019 dgn 2009 mesti byk beza
Quote selipar_hijau 20-6-2019 09:35 PM
Natasha romanoffff hidup balik tak??
Quote coolie83 21-6-2019 08:36 AM
post ending credit mesti la pasal black widow movie punya trailer..
Quote Simunggu 21-6-2019 08:46 AM
e.gurl replied at 20-6-2019 03:14 PM
Strategy nak try pecahkan record Avatar la tu...

Avengers: Endgame = US$2.74bil

polis evo?? berapa bilion

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.059109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top