CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Adakah Kita Rasa Puas Dan Hebat Sekiranya Apa-Apa Terjadi Pada Aliff?"- Bella Simpati

24-6-2019 11:16 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 12809| Komen: 84|Original author: Oleh: Myeonir

Pasti semuanya sudah melihat gambar terkini Aliff Aziz yang kelihatan tidak terurus dan menyedihkan. Ramai yang beranggapan keadaannya selebriti itu menjadi tak tentu arah disebabkan oleh kes penceraiannya dengan Bella Astillah.


Setelah tersebarnya gambar-gambar itu, ramai yang turut mengasak Bella bagi mendapatkan kepastian tentang hal tersebut.


Bella menerusi Instagramnya memberitahu bahawa dia sibuk kerana baru pulang bercuti bersama keluarga dan anaknya, Ayden lantas tidak dapat memberi respons kepada pihak media dan orang ramai yang mencarinya.


Bella menjelaskan bahawa dia sendiri telah menghubungi Aliff untuk mengetahui cerita yang sebenar. 

Aliff menjelaskan bahawa video yang tersebar itu adalah hanya satu muslihat untuk mengenakannya oleh seseorang yang baru dikenalinya.

Bella menambah bahawa dia ada berjumpa dengan Aliff sebelum berlepas ke Australia bagi memberi peluang kepadanya untuk meluangkan masa bersama Ayden.

Selain itu, Bella merasa sedih apabila ramai yang bersorak gembira apabila melihat Aliff dalam kesempitan.


Berkenaan dengan tatu 'Bella' yang terpampang di dada Alif, wanita genit ini menjelaskan bahawa ia hanyalah tatu Henna yang telah dilakukan pada tahun 2016.
Kredit foto: Instagram
Dia juga mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja kepada beks suaminya itu.

Berikutan dengan posting Bella ini, Aliff Aziz turut meninggalkan komen terima kasih kepadanya.

Kredit foto: Instagram
Baik betul Bella, tidak berdendam langsung. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wanokakaka 24-6-2019 11:21 AM
tula la alif dah dpt bini mcm bella ko buat perangai
Quote CiliPadiSedap 24-6-2019 11:30 AM
Nak buat juga tatoo inai kt kopek sis vokuru
Quote eyansss 24-6-2019 11:38 AM
wanokakaka replied at 24-6-2019 11:21 AM
tula la alif dah dpt bini mcm bella ko buat perangai

sejenis manusia yang tak pernah puas...
Quote lazim 24-6-2019 11:40 AM
Bunga2 nk rujuk blk
Mamat ni kn sejenis bila clash kekonon sedih nk mati. Dulu dgn anne pon siam tnm cincin bagai. Gelak nelopak kt meletop.

Mujur anne bijak pilih poket tebal. Gemok pon baik & mampu sara ank2 dia dgnlaki first
Quote Ali_x 24-6-2019 11:43 AM
Baca bella nya ayat ni..mkin lma...mkin jatuh cinta plak...huhuhu
Quote Madel 24-6-2019 11:47 AM
Kalau sekali buat salah dan insaf..peluang dimaafkan masih terbuka luas.
Ni kalau dah 100juta kali tetap dgn perangai yg sama, haprak, sampah, najis, bahalol..
Mmg patut dimaki berjemaah pun.
Sori la Bella....iols penganut acik2 bawang..
Quote sukacactus 24-6-2019 12:16 PM
Baik2 Bella, kesian je tau, jgn jatuh kasih plak lg
Quote tikusmontok 24-6-2019 12:16 PM
bau2 nak rujuk balik si bella ni. gitulah ko bella.. sampai abg jamil mampos.
Quote aemon 24-6-2019 12:20 PM
CiliPadiSedap replied at 24-6-2019 11:30 AM
Nak buat juga tatoo inai kt kopek sis vokuru

hahaha. kaka cilipadisedap ni tak habis2 sis vokuru.curious betul nak tau ni.
Quote aemon 24-6-2019 12:20 PM
bella kentalkan hatimu.ingat...segala penderitaan yang kamu hadapi.
Quote Boomibulat 24-6-2019 12:21 PM
sukacactus replied at 24-6-2019 12:16 PM
Baik2 Bella, kesian je tau, jgn jatuh kasih plak lg

Bg je la last chance.mana tau alif dh btl2 insof lps cerai ni.
Quote aciklola 24-6-2019 12:23 PM
aliff buat apa pulak ni? video mana? asyik ketinggalan keretapi je
Quote aciklola 24-6-2019 12:23 PM
laaaaaaa

ada kat thread lagi satu rupanya
Quote sukacactus 24-6-2019 12:24 PM
Boomibulat replied at 24-6-2019 12:21 PM
Bg je la last chance.mana tau alif dh btl2 insof lps cerai ni.

Selama ni pun ntah berapa byk chance dah kasi
Tp terserah Bella la, buruk baik dia yg hadap nnt
Quote Boomibulat 24-6-2019 12:29 PM
sukacactus replied at 24-6-2019 12:24 PM
Selama ni pun ntah berapa byk chance dah kasi
Tp terserah Bella la, buruk baik dia yg hadap nnt

Drama dorang je ni.nti ada la alasan ank drmam rindu bapak la ape la utk rujuk blk
Quote matjerk 24-6-2019 12:29 PM
Cantik nya hati awak. Tapi jgn la kesian sampai jatuh cinta ya.
Quote MatDeghem 24-6-2019 12:29 PM
Ini masaalah negara.... Masaalah rakyaat jelata...mari kita sama2 selasaikan masaalah Alip Ajis

  

Quote virgo19 24-6-2019 12:41 PM
Tak payah baik sangat la bella, geram pulak aku dgn bella ni. Orang marah alep sebab dia aniaya kau. Hujung2 kau suruh kitorg doakan baik2 kat dia pulak.
Quote imanda 24-6-2019 12:45 PM
begitulah perempuan.
lembut hati maafkan n doa baik2.
hehhh tp alip tetaplaa buaya tembaga yg mcm patung buaya kat tepi sg sarawak nun, xkan berubah pon.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049919 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top