Umpama mimpi dalam mimpi. Seorang pelawak, kini bergelar presiden sebuah negara.
Tuah menyebelahinya apabila beliau memenangi pilihan raya Presiden Ukraine.
Tanpa sebarang pengalaman dalam pentadbiran, menjadi satu cabaran besar kepadanya sebagai ketua antara negara termiskin di eropah. Volodymyr Zelensky, 41 tahun sebelum ini sering memegang watak presiden dalam sebuah rancangan televisyen popular di negaranya. Keputusan di luar jangkaan itu menggambarkan kekecewaan rakyat Ukraine terhadap permasalahan rasuah, jurang kemiskinan yang melebar dan peperangan dengan puak pemisah yang tidak dapat ditangani sebaik mungkin kerajaan terdahulu. Zelensky menamakan partinya Servent Of The People sama seperti rancangan televisyen yang dikendalikannya. Kempen politik melalui persembahan lawaknya menggunakan aplikasi maya berjaya meraih undi rakyat Ukraine untuk memilihnya. Tahniah Presiden baru Ukraine. Semuanya berkemungkinan. Tiada yang mustahil asalkan keazaman sentiasa tersemat di kalbu. - CARI
|
ADVERTISEMENT