CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Boleh Ke Bawa Kawan Yang Tidak Dijemput Ke Open House? - Ustaz Azhar Idrus Kata Haram

25-6-2019 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8819| Komen: 45|Original author: Oleh: Shimmer Shine





Masih lagi berkisar isu-isu raya selagi Syawal belum bertemu penghujungnya. Jika sebelum ini berkisar duit raya dan perangai kanak-kanak, kali ini ada yang mempersoalkan jemputan ke majlis Rumah Terbuka (Open House). Mereka mendakwa tetamu yang dijemput hanyalah rakan-rakan dan saudara mara terdekat sahaja. Namun yang datang ke majlis bukan sahaja yang dijemput tetapi rakan atau lebih teruk segerombolan rombongan yang entah datang dari mana.

Hal ini menyebabkan Tuan Rumah berasa serba salah tetapi terpaksa juga mempelawa 'jemputan tidak diundang' tersebut makan sekaligus meraikan mereka.

Persoalannya, bolehkah 'tetamu' tersebut datang dan menikmati makanan seperti rakan yang dijemputnya itu?


Kredit foto: Twitter

Ramai jua yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pernah berhadapan dengan pengalaman itu. Menghadapi jemputan yang ramai, tidak padan dengan menu yang dimasak juga meresahkan tuan rumah.

Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna Tuan Rumah terlalu kejam hingga menghadkan hanya jemputan sahaja yang boleh datang. Tetapi sebaik-baiknya, minta izin terlebih dahulu untuk membawa teman. Selain itu janganlah mengajak peneman dalam jumlah yang ramai kerana bimbang makanan yang dihidang tidak mencukupi nanti.

Kredit foto:

Namun demikian, ada juga warganet berpandangan bahawa apabila membuat majlis perlulah melebihkan makanan berbanding jemputan. Ini kerana kita tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku. Sebagai contoh, jika mengajak 100 tetamu, maka lebihkan makanan kepada 300 orang supaya ianya dapat diseimbangkan. Lagi pula tetamu yang datang sebenarnya adalah rezeki. Jadi, anggaplah sedekah serta mendapat rakan baru. Tapi, tidak semuanya bersetuju.


Kredit foto: Carian Internet

Pelbagai pendapat diutarakan mengenai hal jemputan ini. Namun begitu, ini adalah antara jawapan Ustaz Azhar Idrus mengenai topik ini iaitu haram hukumnya memakan makanan di kenduri sedangkan dia tidak dijemput. Jadi, caranya dia perlulah mengganti nilai makanan tersebut. Atau lebih mudah jelaskan kepada tuan rumah mengenai situasi tersebut.

Kredit foto: Twitter

Jadi, budaya membawa rakan atau saudara mara sebagai peneman ini mungkin tidak menjadi masalah selagi memberitahu kepada tuan rumah situasi tersebut. Selain itu, pandai-pandailah berfikir jumlah yang selayaknya, janganlah pula membawa terlalu ramai hingga membuatkan tuan rumah pula serba salah. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 25-6-2019 12:27 PM
Edited by FanTasyCreaTioN at 26-6-2019 01:08 PM

Tu diaaa.  {:smile
Quote krustykrab 25-6-2019 12:28 PM
Yg menyibuk nk dtg open hse org pun masalah jgk....kita buat utkkwn opis dia pun sibuk nk joun padahal dh berkali ulang alik mkn kt rumah kita masa syawal...
Quote umbut 25-6-2019 12:28 PM
Dah org jemput kau.. Kau bawak geng jiran bagai.. Mana boleh.. Tanya dulu ler..selalu jemput satu keluarga
Quote Orix 25-6-2019 12:29 PM
Yg duk merempan kt twitter mcm pondan tu, kalo xde duit x cukup bajet toksah gatal buat open haus bagai lepastu merempan. Ko nak kawan2 ko je dtg ko pegi buat private party ke private Raya celebration ke hapa term kau nak guna sekalipun. Open House tu mmg terbuka utk sape saja.
Quote palmolive 25-6-2019 12:30 PM
dah ada org terasa kenapa?
biasa buat ke kerja ni?












Quote kikuri 25-6-2019 12:44 PM
kalo kawan die ajak kawan pastu kawan tu bawak gelpren pun taleh ke?
Quote Orix 25-6-2019 12:50 PM
Edited by Orix at 25-6-2019 12:52 PM

Iols dh lama tak buat open house, sbb kowser nak mengemas dan membasuh n xde bajet nak buat makan2. Plg2 pn pot luck kt office jah..

Anyway bukan ke tujuan open house utk eratkan hubungan sillaturahim at the same time boleh kenal2 dgan kenalan yg lain. Mcm iols ckp sebenarnya tuan rumah bengang makanan tak cukup, bukan bengang sbb kawan bawak kawan. Dats y iols ckp kalo nk buat open house mmg kena standby makanan byak2. Kalo xde bajet jgan pggil open house pstu konon2 nk show off kt socmed rumah dia ada buat open haus wlupun bajet sendu
Quote PEPPERMAN 25-6-2019 01:05 PM
Apa credible sangat ke pandangan dia ni sampai kebanyakan hal nak rujuk dia?
Quote R2D2 25-6-2019 01:11 PM
hujung2 salahkan tuan rumah
Quote zacks 25-6-2019 01:18 PM
PEPPERMAN replied at 25-6-2019 01:05 PM
Apa credible sangat ke pandangan dia ni sampai kebanyakan hal nak rujuk dia?

UAI ni ulama tersohor.

hang jangan persoal.

bumi ini milik siapa??
Quote haryatie 25-6-2019 01:41 PM
kalau da tuan rumah x jemput
pe hal terhegeh hegeh menempel kawan
da la x kenal pun tuan rumah
bg aku walaupun nama nya open house tp ttp rumah org tu
kalau  nk bwk kawan pun minta lah izin
tp kalau aku malu nk join..mcam x pernah jumpa makanan
pantang dngar org open house
Quote sitilu 25-6-2019 01:44 PM
babi2 anak branak je suka menyondol tanpa dijemput

Quote Kurex 25-6-2019 02:28 PM
Aku pernah sekali je bawak kawan, kebetulan kawan tu raya rumah aku, member aku pulak ajak open. Aku cakap dekat member aku yg aku tak dapat datang sebab kawan aku ada, dia suruh bawak kawan sekali..
Quote sambal_kicap 25-6-2019 02:33 PM
Kalau aku tk kisah. Datanglah rezeki tu ada
Quote juruterra 25-6-2019 02:36 PM
typical ustaz laju aje mengharamkan semua benda. Kalau i tuan rumah i tak kisah pun org nk bwk kawan, dpt pahala bg org mkn. Selalu pun open hse food byk lebih apa.
But as courtesy elok bg tau tuan rumah, saya dating bawak bawak sorang ok ke. tu pun kena ajar kan aiseh
Quote Melorqe 25-6-2019 02:38 PM
Orix replied at 25-6-2019 12:50 PM
Iols dh lama tak buat open house, sbb kowser nak mengemas dan membasuh n xde bajet nak buat makan2.  ...

ko jgn bayangkan open haus yg sebesar kenduri tu.
ni open haaus yg jemput kawan2 sekolah, kawan2 opis dan kawan2 anak2.
kdg2 tuan rumah bajet dlm 50-80 orang saja dtg. tiba2 ada kawan opis ajak 5-6 kawan dia pulak.
tuan rumah pun rasa tak selesa bila ada org tak kenal lg ramai dlm rumah dia.
tu kalu sorang yg bawak geng. kalau ada lg 3-4 orang buat peel yg sama tak ke nnti makanan tak cukup.
biasanya aku kalau buat open haus pun aku siap buat headcount siapa yg aku jemput plus minus .
aku tak mau hujung2 bnyak makanan berlebihan kena buang.


Quote Melorqe 25-6-2019 02:41 PM
kikuri replied at 25-6-2019 12:44 PM
kalo kawan die ajak kawan pastu kawan tu bawak gelpren pun taleh ke?

biasanya bawak peneman takda masalah, tapi maklumkan le kpd tuan rumah.supaya tuan rumah bersedia aa tetamu yg dia tak kenal dan gepren tu pun tak akward.

mcm tu juga adab pergi kenduri.
sama juga la yg jenis orka2 buat kat hotel tu kaannn... kena rvsp bagai.



Quote Orix 25-6-2019 02:45 PM
Melorqe replied at 25-6-2019 02:38 PM
ko jgn bayangkan open haus yg sebesar kenduri tu.
ni open haaus yg jemput kawan2 sekolah, kawan2  ...

Sebab tu iols ckp jgan guna istilah OPEN HOUSE kalau jemput sikit2 n nak kenalan je dtg... iols pn kalo kt kampung mak iols masak lebih2 iols whatsapp kawan iols 20-30 ketul jah cakap jemput dtg ada makan sikit2.... takdela iols cakap jemput dtg ada open house, haruslah kena serbu. Kena faham istilah open house.
Quote Orix 25-6-2019 02:46 PM
PEPPERMAN replied at 25-6-2019 01:05 PM
Apa credible sangat ke pandangan dia ni sampai kebanyakan hal nak rujuk dia?

Credible dgan bidio porno nya suatu ketika dulu........

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046556 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top