CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Pokok Mahu Tangan Dipotong, Tidak Terdaya Tanggung Kesakitan

26-6-2019 11:23 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6523| Komen: 36|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Abul Bajandar merayu kepada doktor untuk memotong kedua-dua belah tangannya. Kredit foto: AFP


Seorang warga Bangladesh yang digelar 'Lelaki Pokok' ekoran ketumbuhan seperti kulit pokok pada tubuhnya mahu kedua-dua tangannya dipotong kerana dia tidak mampu lagi menanggung kesakitan yang teramat sangat.

Memetik laporan AFP pada 24 Jun, Abul Bajandar yang menderita sejenis penyakit aneh telah menjalani sebanyak 25 pembedahan bagi membuang ketumbuhan dari tangan dan kakinya sejak 2016.

Para doktor percaya mereka telah menyembuhkan lelaki berusia 28 tahun itu tetapi dia dimasukkan semula ke hospital pada Januari lalu kerana keadaannya semakin teruk dengan sebahagian ketumbuhan membesar sebanyak beberapa sentimeter.

Kesakitan yang dialami Abul Bajandar menyebabkan dia tidak dapat tidur. Kredit foto: AFP


"Saya tidak sanggup menanggung kesakitan lagi. Saya tidak dapat tidur pada waktu malam. Saya meminta doktor memotong kedua-dua tangan saya supaya saya berasa lega," kata bapa kepada seorang anak itu.

Ibunya, Amina Bibi turut menyokong rayuan anaknya itu kerana penyakit yang dialami Abul semakin parah.

Ketua Pakar Pembedahan Plastik Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen berkata, Abul berhak memberi pandangan namun pihak hospital akan melakukan yang terbaik untuknya.

Abul Bajandar sebelum menjalani pembedahan pertama pada awal 2016. Kredit foto: EPA

Abul mengalami penyakit epidermodysplasia verruciformis iaitu sejenis keganjilan genetik yang juga dikenali sebagai 'sindrom orang pokok'.

Dia mahu ke luar negara untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik tetapi tidak mempunyai wang untuk membiayai kos perubatannya.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menyatakan komitmen untuk memberi rawatan percuma kepada Abul selepas kisahnya diberi liputan meluas oleh media tempatan dan antarabangsa.

Semoga Abul dapat disembuhkan daripada penderitaan yang ditanggungnya agar dia dapat hidup seperti seorang lelaki yang normal. - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 26-6-2019 11:33 AM
Ya Allah.... iols setiap kali tgok penyakit ni mesti meremang bulu tengkuk.. fobia tgok tgn jd mvm tu.. {:freak {:freak {:freak
Quote ifanonline 26-6-2019 11:34 AM
mcm mana la dia bermasturbasi?
Quote luluaurora 26-6-2019 11:37 AM
Allah kesiannyaa.. Moga diberi kesembuhan
Quote Buritan 26-6-2019 11:38 AM
ifanonline replied at 26-6-2019 11:34 AM
mcm mana la dia bermasturbasi?

Dia suh ko hisap smpai abis.. ok done jawapan
Quote umbut 26-6-2019 11:43 AM
Macam kat indon.. org pokok lagi teruk.. ala3 ketuat.. kesian
Quote tobby 26-6-2019 11:47 AM
potong pun tumbuh balik. sbb benda tu datang dari nutrition dari dlm badan dia sendiri
Quote Asdan 26-6-2019 11:49 AM

cuba sesiapa di sini  inform dr amalina, mana tahu dia boleh membantu,
Quote mdhelmi 26-6-2019 11:53 AM
makan dan amalkan habbatussauda
dia merawat luka2 dan mematikan kuman
menjadikan kulit yg sihat dan menyuburkan rambut
lain2 khasiat ada byk lagi
cadangan atas pengalaman sendiri dan keluarga lepas amalkan
Quote batmana 26-6-2019 11:55 AM
sebab tu , kene bersykur pada yg sempurna kdua belah tgn

agar tgn tu jgn menaip, perli kehidupan org yg diberi ujian cmni

nescaya ujian lain akan dtg nnti kalu tak jaga mulut

patutnya bersyukurla tak kene penyakit cm dia

ni baru putus cinta, terus nk terjun laut..bukan nk tgk org yg lagi derita camni..
Quote tobby 26-6-2019 11:55 AM
Asdan replied at 26-6-2019 11:49 AM
cuba sesiapa di sini  inform dr amalina, mana tahu dia boleh membantu,

baik jumpa pengedar ubat MLM ....kanser tahap 4 pun mrk boleh sembuhkan
Quote ainashiqa 26-6-2019 12:11 PM
Kesiannya..aku tgk pn da dapat rasa kesakitan tu
Quote Winona888 26-6-2019 12:26 PM
kesiannya...berat ujian dia...
Quote Boomibulat 26-6-2019 12:34 PM
ifanonline replied at 26-6-2019 11:34 AM
mcm mana la dia bermasturbasi?

Kurang2 dosa tu dia x buat...
Quote whadda 26-6-2019 01:00 PM
alamak meremang tengok tangan dia
Quote puding_caramel 26-6-2019 01:53 PM
semoga diberi kesembuhan kepada beliau. insaf iolls
Quote haryatie 26-6-2019 02:05 PM
kesiannya dia
Quote orgsepang 26-6-2019 02:45 PM
Kasihannya tapi kalau dipotong nanti tumbuh balik pasti lebih besar masalah yang timbul
Quote coolie83 26-6-2019 02:47 PM
ada sorg rakyat indon yg sama kes cmni penah operate buang benda tu...tp lepas tu senyap dah xde berita apa perkembangan penyakit dia..

siap masuk tv documentary lagi tau
Quote diss69 26-6-2019 02:56 PM
mdhelmi replied at 26-6-2019 11:53 AM
makan dan amalkan habbatussauda
dia merawat luka2 dan mematikan kuman
menjadikan kulit yg sihat d ...

Habbatussauda dlm bentuk cecair, gel ke pil... Boleh tau jenama apa..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051717 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top