CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Dituduh Ada Skandal Dengan MB Selangor, Juwairiya Ugut Mahu Saman Fitnah

12-7-2019 10:38 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 19322| Komen: 57|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Juwairiya menafikan tuduhan yang mengaitkannnya dengan Menteri Besar Selangor. Kredit foto: Facebook


Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah kononnya beliau mempunyai hubungan sulit dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Memetik kenyataan media yang dikeluarkan pada 11 Julai, pemimpin muda PKR itu merujuk kepada tuduhan yang disiarkan dalam laman Facebook 'Aku Darah Anak Malaysia - ADAM'.

Kredit foto: Facebook


Juwairiya menegaskan bahawa tuduhan itu adalah fitnah dan beliau tidak berada di lokasi yang disebut pada tarikh berkenaan.

"Pihak saya telah membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan fitnah tersebut yang boleh mencemarkan imej dan kredibiliti saya selaku Ahli Dewan Negeri Selangor serta pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

"Saya telah berbincang dengan peguam untuk tindakan undang-undang," katanya.

Amirudin dan Juwairiya menghadiri satu majlis di Kuala Selangor pada 10 Julai 2019. Kredit foto: Facebook
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Amirudin pada 10 Julai telah menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan seorang ADUN wanita di Selangor.

Beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang berikutan tuduhan yang dibuat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu.

Memang wajar Juwairiya dan Amirudin mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama masing-masing daripada tuduhan yang belum tentu sahih. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gadis_tulip 12-7-2019 10:52 AM
Eh, kecik rupanya mb selangor nie ye.
Quote mizruncing 12-7-2019 10:58 AM
ni baru betol cara klu kena fitnah. azmin taknak buat kenyataan mcm ni ke?
Quote yuki812 12-7-2019 10:59 AM
i ank jati selangor..
dan i rasa ini lah mb yg mmg i tak ingat langsung..
sampai skrg i tetap rasa jemin mb selangor..
moga ngn fitnah ni dpt menaikkan nama mb ni dimata2
Quote hussaini4675 12-7-2019 11:00 AM
mizruncing replied at 12-7-2019 10:58 AM
ni baru betol cara klu kena fitnah. azmin taknak buat kenyataan mcm ni ke?

betul tu. kalau tak salah, apa nak takut?
Quote tobby 12-7-2019 11:04 AM
mizruncing replied at 12-7-2019 10:58 AM
ni baru betol cara klu kena fitnah. azmin taknak buat kenyataan mcm ni ke?

Mcm ni la caranya. Azmin patut saman haziq segera
Quote nisako 12-7-2019 11:17 AM
saman je.................
Quote mizruncing 12-7-2019 11:21 AM
hussaini4675 replied at 12-7-2019 11:00 AM
betul tu. kalau tak salah, apa nak takut?

kannnn. takde buat report polis lgsg. aman2 je buat open house
Quote hussaini4675 12-7-2019 11:22 AM
tobby: Mcm ni la caranya. Azmin patut saman haziq segera


Macam ada cubaan panjing jemin untuk saman ajiq. Isu ni ada kaitan dengan video hotel kat sandakan.
Quote zidane_ziege 12-7-2019 11:30 AM
Siapkan ajelah duit bayar saman..
Quote sitilu 12-7-2019 11:30 AM
nasib baik kau tak kena saman buat fitnah tak mampu kawin sebab gst





Quote jalfa 12-7-2019 11:49 AM
Saman je la kak...x yah ugut ugut...harap jemin pon ado telo nak saman
Quote Buritan 12-7-2019 11:58 AM
gadis_tulip replied at 12-7-2019 10:52 AM
Eh, kecik rupanya mb selangor nie ye.

Bkn keciiklaa.. ketotttt
Quote jofizo 12-7-2019 12:03 PM
lawa plak lepas dpt jd yb nih.... cepat la saman, jgn cakap jer tau....
Quote momopoko 12-7-2019 12:16 PM
sitilu replied at 12-7-2019 11:30 AM
nasib baik kau tak kena saman buat fitnah tak mampu kawin sebab gst

dah takde GST YB ni dah kawen belum?
Quote EmaAsmadi 12-7-2019 12:22 PM
#donesuci #asalboleh
Quote sitilu 12-7-2019 12:25 PM
momopoko replied at 12-7-2019 12:16 PM
dah takde GST YB ni dah kawen belum?

tak lagi

kena sst +16% plakk, duit tak cukup lagi tuk kawin la tu


Quote Malaysia.Doom 12-7-2019 02:12 PM
Kalau Bab Bab seks NI...Melayu memang nombor satu.

Cam NI haaaa
Quote Malaysia.Doom 12-7-2019 02:12 PM
Kalau Bab Bab seks NI...Melayu memang nombor satu.

Cam NI haaaa
Quote Malaysia.Doom 12-7-2019 02:13 PM
Kalau Bab Bab seks NI...Melayu memang nombor satu.

Cam NI haaaa

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.111727 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top