Pelakon Che Puan Juliana Evans berkongsi gambar anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine di Instagram pada Ahad.
Juliana, 29, berkata, kehadiran puterinya itu bagai mimpi menjadi kenyataan selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiannya. "Alhamdulilah, saya dah jadi ibu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan, saya sangat terharu. "Saya mahu membalas semua ucapan, tetapi anak perempuan saya mengambil banyak masa saya sekarang. Dia banyak kerenah, tetapi saya sangat menyayanginya. Terasa seperti mimpi melihat dia di depan mata," tulisnya.
Juliana selamat melahirkan anaknya itu jam 9.39 malam Sabtu. Juliana berkahwin dengan Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, pada April 2017. Tengku Sharifuddin merupakan anak kepada Tengku Sulaiman Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu adik kepada Sultan Selangor sekarang dan sepupu kepada Tengku Makhkota Johor. Tahniah Juliana! - CARI |
azwanaliori: Nape husband dia bertongkat?
binipopeye: jue ni mixed.... laki dia pun mix (bonda kan kakak sultan johor skrg)sure anak pun muka mixed... kalo tgk anak buah belah laki sume muka sepesen.. cut ...
LadyCarefree replied at 16-7-2019 12:06 PM
Asal mix mat salleh je comel kihkihkih patot la kuintupis pon ramai puja cantik
bawangkecik replied at 15-7-2019 09:48 AM
cuba bayangkan kalau dia kahwin dengan jijan
ADVERTISEMENT