Pelakon Che Puan Juliana Evans berkongsi gambar anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine di Instagram pada Ahad.
Juliana, 29, berkata, kehadiran puterinya itu bagai mimpi menjadi kenyataan selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiannya.
TENGKU KAMILIAH BERSAMA NENDANYA
FOTO: INSTAGRAM
"Alhamdulilah, saya dah jadi ibu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan, saya sangat terharu.
"Saya mahu membalas semua ucapan, tetapi anak perempuan saya mengambil banyak masa saya sekarang. Dia banyak kerenah, tetapi saya sangat menyayanginya. Terasa seperti mimpi melihat dia di depan mata," tulisnya.
JULIANA BERKONGSI GEMBIRA DI INSTAGRAM.
Juliana selamat melahirkan anaknya itu jam 9.39 malam Sabtu.
Juliana berkahwin dengan Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, pada April 2017. Tengku Sharifuddin merupakan anak kepada Tengku Sulaiman Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu adik kepada Sultan Selangor sekarang dan sepupu kepada Tengku Makhkota Johor.
JULIANA BERSAMA SUAMI
FOTO: INSTAGRAM
Tahniah Juliana! - CARI |