Pelakon jelita Maya Karin Roelcke semalam telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya. Maya yang kini berada di Los Angeles bagi menjalani penggambaran filem Hollywood berjudul Alone berkongsi tentang keadaan cuaca di negara itu yang kini sedang berada dalam musim panas. "Saya tersilap kerana menyangkakan cuaca sedikit sejuk, panas nak mampus," tulis Maya mengakui kesilapannya kerana tidak menyelidik terlebih dahulu tentang cuaca di Los Angeles sebelum berangkat ke negara yang terkenal sebagai ibu kota hiburan dunia itu. Namun apa yang menarik perhatian kami ialah apabila ramai yang meninggalkan komen yang sedikit nakal menegur Maya yang dikatakan terlupa untuk menutup zip seluarnya. Zoom, nampak zip seluar terbuka.. Amboi, gigih ya masing-masing sampai sanggup zoom gambar! Jika dilihat sekali imbas bahagian zip seluar Maya sememangnya nampak seperti sedikit terbuka, tetapi ianya sebenarnya bukanlah seperti yang disangkakan. Mungkin kerana posisi maya ketika mengambil gambar tersebut menyebabkan ramai yang salah faham. Kalau zip terbuka pasti Maya terlebih dahulu memadam gambar tersebut dan tidak berkongsi gambar yang boleh memalukannya kepada umum. Betul tak? -CARI
|
chinta89 replied at 16-7-2019 05:07 PM
dia tidak se careless itu. ke korang yg penah terbuka zip?
miminn replied at 16-7-2019 05:41 PM
memang tengok tang tu je ke. laju je mata.
Kurex replied at 16-7-2019 08:38 AM
Jantan jenis ni, kalau bab seksi mesti bagi dalil pasal menutup aurat (aurat wajib tutup ye). Tapi p ...
sarah82 replied at 16-7-2019 05:38 PM
Zip terbuka x pernah.. Tapi pakai baju terbalik pi kelas penah.. Wakakakaa.. Akibat penat.. Aku x ...
ADVERTISEMENT