Nama Yuna memang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, daripada pentas indie kecil sehingga ke pentas dunia. Sangat membanggakan! Baru-baru ini nama Yuna kian dikenali apabila wajahnya terpampang di Times Square, New York, satu perkara yang asing bagi artis Malaysia.
Menerusi pelancaran album antarabangsa terbarunya iaitu 'Rouge', muzik Yuna semakin megah apabila albumnya itu penuh dengan kolaborasi artis luar seperti G-Eazy, Jay Park, Tyler, The Creator dan Miyavi. Seorang netizen meninggalkan komen tentang penat jerih Yuna daripada seorang yang tidak melepasi uji bakat One In A Million suatu ketika dahulu sehingga mampu berdiri setaraf dengan artis luar negara. Netizen yang menyaksikan detik yang bersejarah ini rata-ratanya mengucapkan tahniah dengan pencapaian Yuna yang membanggakan itu. Tak kurang juga netizen yang menghencap Malaysia yang tidak pernah memberi penghargaan yang sepatutnya kepada Yuna padahal negara luar seperti lebih menghargai bakat yang ada padanya. Apa pula pendapat anda? -CARI |
Mfzg89 replied at 18-7-2019 01:20 PM
pe barang Yuna .. kita hargai PU Abu dah la...
Victorioussss replied at 18-7-2019 07:35 AM
So juri one in a million dulu tu patut malu sbb salah penilaian ke caner?
MatDeghem: Yuna punya audience dan market bukan lokal ...... itu sebab yuna sendu di tanah air sendiri. Lagi pun orang melayu lebih hargai retis2 wanita yg di b ...
GigaMom replied at 18-7-2019 03:58 PM
Cincin tasbih jgn dilupa{:smile
ADVERTISEMENT