CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Teksi Mengamuk Minta Wanita Bayar Lebih Lepas Air Ketuban Pecah

22-7-2019 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3240| Komen: 9

Seorang pemandu teksi menuntut wanita hamil membayar denda sebanyak 50 pound (RM257) selepas air ketubannya pecah, sekali gus 'membuat kotor' di tempat duduk penumpang belakang.


Kredit foto: METRO/Yorkshire Post/SWNS


Memetik METRO, ketika kejadian Dana Harrison, 23, dikatakan mengalami sakit untuk bersalin apabila merasakan kepala bayi sudah keluar sebelum mereka tiba di hospital.

Bagaimanapun, ketika Dana ditolak masuk ke hospital menggunakan kerusi roda, pemandu berkenaan mula membuat kecoh dan bertanya sama ada wanita itu akan 'membersihkan keretanya'.

Menurut Dana, lelaki itu ingin menunggu di luar sehingga seseorang membawa kain lap selain berkeras mahukan wanita itu kembali dan membersihkan tempat duduk berkenaan.

Tindakan tidak masuk akal lelaki itu memaksa Dana yang sedang menanggung sakit hendak bersalin bersetuju membayar tambang perjalanan 3 pound (RM15) berserta tambahan 30 pound (RM154).


Teriakan lelaki itu meminta bayaran tambahan membuat keadaan menjadi huru-hara, sekali gus menyebabkan Dana tertekan.

Katanya, pemandu terbabit tidak gembira dengan jumlah diberikan Dana.


Kredit foto: METRO/Yorkshire Post/SWNS

Sebelum kejadian, Dana berada di rumahnya di Seacroft bersama kakaknya, manakala teman lelakinya, Aiden Ibbotson, 23, sedang memancing dengan rakan-rakan apabila dia mula berasa sakit hendak bersalin pada Isnin.

Dana kemudian menempah teksi dengan syarikat Roadrunners untuk membawanya ke hospital.

Berang dengan layanan itu, Dana kemudian menghubungi syarikat teksi berkenaan untuk membuat aduan mengenai kejadian, namun mereka hanya memohon maaf selain enggan mendedahkan identiti pemandu terbabit. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-7-2019 02:18 PM
Tengah sarat, boipren boleh berendut pulakkkkk...

Teksi sana kena bersaing dgn uber kan? Sebab tu bersungguh mintak duit urk sesuap nasik
Quote chinta89 22-7-2019 03:36 PM
kejinya up rege kemain
Quote CiliPadiSedap 22-7-2019 04:18 PM
kali ni teksi menang, air ketuban tu likat kut macam minyak sintetik lintah oil
Quote buapakperut 22-7-2019 04:58 PM
kesian la orang terberanak tu. bukan sengaja. bukan boleh tahan macam kencing. sekali sekala tolong orang.besok orang tolong bini dia. hawau
Quote Chairman 22-7-2019 05:04 PM
macam-macam hal
Quote minguk 22-7-2019 05:18 PM
boifren pun dah tahu gf tunggu hari gigih memancing bersama kawan-kawan.
kesian dana, dah sakit, kena marahlagi, bf tiada disisi.

tabah ya dana. dah bayar ke belum tu?
Quote Bersotong 22-7-2019 06:23 PM
kapir2 x nk nginzal kt thread ni ke
Quote clarizsa 22-7-2019 06:25 PM
Bayar lah dh buat kotor dlm kete org
Kejadah bapak budak pi mancing plak masa mak budak dah ujung2 pregnancy

Quote am2020 23-7-2019 11:06 PM
dah tahu nk beranak tempah la ambulan..apa jadah tempah teksi..hbs tu igt sng nk cuci air ketuban tu...mau 2hari nk tggu kering..sian teksi drebar tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.890560 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top