CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bakal Isteri Kena Berlapang Dada Terima Ibu Saya" - PU Riz 'Anak Emak'?

24-7-2019 01:01 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 31396| Komen: 163|Original author: Oleh: LilRose

"Bakal isteri saya nanti kena berlapang dada menerima ibu saya."

Pencetus Ummah Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengakui tidak kisah dilabel sebagai seorang 'anak emak'.



Kredit foto: IG teamrizz_ismail

Sebabnya, hampir semua perkara berjalan lancar apabila dia menuruti semua kehendak ibunya termasuk dalam hal menyambung pelajaran.

"Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah.

"Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.

"Ikutkan, apabila sudah ada duit di tangan hasil menjadi penceramah dan bergelar anak seni, saya memang rasa berat hati nak sambung belajar lagi," katanya kepada Astro Gempak.


Kredit foto: IG/mStar

PU Riz bagaimanapun akui dia perlu menjadi realistik kerana menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang merugikan.

"Saya tidak kisah orang nak gelarkan saya 'anak emak' kerana ibu tetap nombor satu. Ini dari hati saya.

"Saya tetap konsisten ibu nombor satu kerana hidup seorang anak lelaki memang kena utamakan ibu. Tetapi hidup seorang perempuan, suami nombor satu," tegasnya.

Tapi, tidaklah sampai mengabaikan isteri terus kan. Menurut PU Riz, dia akan berusaha mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan dalam masa sama, menyayangi kedua-dua ibu serta isterinya.


Kredit foto: IG

Ada ke yang berkenan nak jadikan PU Riz sebagai peneman hidup ke? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-7-2019 01:08 PM
Semoga dapat dirangkul pu riz dari bahagian depan
Quote prettyuglybabe 24-7-2019 01:09 PM
tunjuk ciknek tanya mak tak dulu?
Quote Acikgomen 24-7-2019 01:12 PM
Kurex replied at 24-7-2019 01:08 PM
Semoga dapat dirangkul pu riz dari bahagian depan

Acik harap impian chuols tercapai
Dan mak puriz ni pulak kena berlapang dada dgn chuols

Acik ikhlas tau
Quote crazybeach 24-7-2019 01:22 PM
menuruti kehendak ibu kekdahnyer. masuk dunia seni atas restu bagai. melepaskan bebird berterbangan pun atas restu ibu jua ke nok?
Quote SherryZass 24-7-2019 01:23 PM
Dan dan timbul kesah 'anak emak' lepas kes pijoo ye
Quote dineo 24-7-2019 01:23 PM
ermmm kau pon kena berlapang dada , terima mak pak bini kau ...
Quote Mfzg89 24-7-2019 01:26 PM
x kesah dilabel anak emak ke apa, jangan perangai cam PU Abu dahla ye..
Quote sleepandream 24-7-2019 01:28 PM
heols warna rambut kah? inai yach?
Quote Gumball 24-7-2019 01:34 PM
Tetiba semua ngaku 'anak mak' dah kenapa..
Sebelum niy tak ker..?
Quote LembingDayanti 24-7-2019 01:37 PM
kawan dgn Mar jadi rosak la ustaz ni
Quote sarah82 24-7-2019 01:39 PM
Kurex replied at 24-7-2019 01:08 PM
Semoga dapat dirangkul pu riz dari bahagian depan

Adoiii....takut dia karate kan ang ja kurex oiii.. Hahaha
Quote AshkieLa 24-7-2019 01:43 PM
anak2 emak ni byk yg bebal kaa? skang bukan pasal jadi anak emak.
isunya anak emak yang tak tahu mana keutamaan tanggungjawab tu mengikut keadaan.

janji adil..
dan jangan ko nak double standard layan mak ko je...
mak pak/ahli keluarga bakal spouse ko pun patut dapat treatment sama dan berlapang dada drpd ko...
pastu jangan nak tunjuk konek lagi...
mak pak bakal spouse ko belum tentu nak berlapang dada.
Quote Boomibulat 24-7-2019 01:43 PM
prettyuglybabe replied at 24-7-2019 01:09 PM
tunjuk ciknek tanya mak tak dulu?

Konpem beliau ke sis...?
Quote Lavender_Violet 24-7-2019 01:45 PM
PU ke heols nih?? Senagkatan dgn PU Abu?
Helokkk sangat rupa dan badannya
Gambar kat overc tu dah x ada rupa seorang PU
Entahlah...aku masih konvensyenal...kalau dah PU2 bagai ni...lebih menjurus ke arah Islam
Ciri2 pemakaian dan hidup pun kenalah lebih islamik
Quote MsPercy 24-7-2019 01:49 PM
adoi nak tergelak tgk gambar yg last. beria xnak pandang kamera. konon ingat cantik la. takpe aunty kokesen dah tolong pandang kamera. hahaha uncle tu mesti nak tahan gelak jgk.
Quote kualibesi 24-7-2019 01:50 PM
siapa plk die nie??? rmi sgt PU nyaaa
Quote Kurex 24-7-2019 01:51 PM
sarah82 replied at 24-7-2019 01:39 PM
Adoiii....takut dia karate kan ang ja kurex oiii.. Hahaha

Tak kan la dia nak karate kalau dia yg merangkul..
Quote awanysss 24-7-2019 01:53 PM
sedangkan gambar bebird uols bertebangan pun iols boleh terima, ni kan pulak bakal mak mertua i..

dah cepat masuk minang iols sebelum kurex sambar uols
Quote allshares 24-7-2019 01:56 PM
Emang dasar jantan baka pijo la ni. Emak ko no 1 bini ko kene utamakan suami (ko) jadi kesimpulannya kesimpulannya laki bini kene sembah sujud maharani kt mak ko. Ye gitu ye. Sila bujang sampai mampos supaya tak menyusahkan anak pompuan org.

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052770 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top