CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Kerana Mulut Celupar Dan Kisah Cinta, 10 Pelakon Lelaki Ini Gagal Menyerlah Walaupun Berbakat Besar

26-7-2019 02:55 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23891| Komen: 105|Original author: Oleh: Shimmer Shine






Kita nampaknya ketandusan pelakon lelaki yang boleh dijadikan ikon berbanding pelakon wanita yang lebih menyerlah. Tiada nama-nama yang begitu diingati kecuali beberapa nama yang sentiasa menjadi pilihan prosedur seperti Remi Ishak. Manakala yang lain mula-mula sahaja menyerlah kemudian jatuh hingga ada yang tidak kedengaran namanya. 

Mengambil kira tahun 2008 hingga 2015, 10 aktor ini dikatakan mengegarkan industri seni tetapi dek silap percaturan, mereka tidak begitu menyerlah walaupun berbakat.


Menyorot carta yang dinamakan "10 Aktor Who Fell From Grace", pengulas hiburan media sosial, Sepit Siput menyenaraikan alasan-alasan yang ada benarnya juga.


Ditempat ke-10, Izzue Islam pada mulanya diramalkan oleh wartawan sebagai  pelakon menyerlah kerana memiliki pakej lengkap, namun kerana terlalu mencuba semua bidang membuatkan ramai yang tidak jelas hala tujunya. Sekejap menyanyi, menjadi juri, duta dan tahun 2019 terlalu caca marba selain deretan filemnya gagal di pawagam.

Begitu juga dengan Sharnaaz Ahmad yang biarpun kekal aktif namun dek kerana kelancangannya mengkritik apa jua isu membuatkan pesonanya tidaklah sehebat pelakon zaman-zaman terdahulu seperti Eman Manan dan lain-lain.

Shah Jazle dan Syed Ali pula antara yang tidak bijak menguruskan karier masing-masing sehingga merundumkan aktiviti seni mereka. Shah yang terpalit dengan isu kontroversinya manakala Syed Ali pula hampir tidak dikenali penonton selain dikatakan terlalu 'Angkasapuri'.

Kredit foto: IG


Sementara itu, Fizo Omar juga turut tersenarai antara pelakon yang tidak menyerlah dalam dunia lakonan walaupun diwar-warkan sebagai pelakon pelapis. Antara kelemahannya ialah bersikap terlalu menonjolkan yang tidak perlu serta sibuk memberi seminar berniaga tetapi tidak nampak perkembangannya. Berlainan dengan Gambit yang tidak mesra media membuatkan dia lebih senang bekerja di belakang kamera.

Nas T dan Zain Saidin pula disifatkan tidak bijak merebut peluang ketika mereka masih muda hingga kini akhirnya sendu dalam dunia hiburan kecuali Zain yang menjadi suami kepada Che Ta.

Kredit foto:

Dan inilah dia tempat kedua dan pertama iaitu Dazrin Kamarudin dan Johan A'sari yang sememangnya memiliki bakat besar dalam dunia lakonan. Namun Dazrin yang penampilannya agak garang serta sindrom anak orang kaya membuatkannya agak kurang diterima peminat. Sementara itu Johan pula dilabelkan sebagai acah-acah 'art' tetapi sebenarnya 'over acting', terlibat dalam kisah bersiri cinta yang tidak berkesudahan dan sangat pelik.

Kredit foto: IG

Jika dilihat, wajah-wajah yang dipaparkan disini adalah diawal kemunculan mereka. Tidak hairanlah semuanya kelihatan 'fresh' bertenaga. Namun begitulah, tidak semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Selain bakat, kebolehan berinteraksi dengan semua pihak, peribadi dengan tidak mencetuskan gossip liar juga antara resipi yang boleh membuatkan nama-nama ini menjadi pelakon terbaik. Apa kata anda? - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 26-7-2019 02:58 PM
Pemalasnya wartawan cari.. Cari la idea sendiri buat artikel..
Quote AbukRokok 26-7-2019 03:00 PM
artis xde apa2 nk digadaikan
xmcm artis pompuan gadai body dpt job
Quote Kurex 26-7-2019 03:01 PM
Arghhhhh!!!!! Semoga dapat terjatuh dalam pelukan dorang (kecuali nenaz) sambil dorang berebut utk menyambut agar tak tercedera. Lalu menyambut dengan penuh kasih sayang.. Arghhhh!!!
Quote TerataiMelur02 26-7-2019 03:03 PM
Nas T tu last masa hlive dia kawin ngan tita.. Pas tu tenggelam
Quote minahgempal 26-7-2019 03:10 PM
sume yg tersenarai sume tk pandai berlakon..nmpk sikit2 dkt sharnaz ahmad dgn shah jazle jek..yg lain sume nmpk kekayuan sgt..nth la..masih jauh sgt nk dibandingkn pelakon2 yg aku suka..

selamat fattah amin tak tersenarai..out of list sgt kayu kayan..
Quote Cpkay 26-7-2019 03:15 PM
rugi sia siakan bakat sebab ego
Quote MadameOnion 26-7-2019 03:28 PM
nenaz berlakon best..jadi gangster, org miskin, jantan romantik..tapi mulut ya hampunnnnn..yg lelain tak berbakat mana pun..dazrin tu kayu kayan je..zain lagi la kayu
Quote blekkep 26-7-2019 03:34 PM
Kak sepit slh info psl faisal hussein lah!!..heols dr dlu x penah ade management or manager hatta pa skalipun...sume die yg handle sndirik...he is so smart tau nk letak harge die...
Quote kucingitam 26-7-2019 03:38 PM
prince chiqqy tak masuk list ke?
Quote wikedsaikel 26-7-2019 03:40 PM
Curlasssstttt. Apa kata ambik je sepit siput jadi editor kt bod ni
Quote Managerara 26-7-2019 03:41 PM
Nak tanya kenapa baru baru ni dazrin melepak ngan makcik dedatins termasuk keksinah?
Quote jargon 26-7-2019 03:45 PM
Gembit tu bg aku klau mulut tak celupar dulu rasanya heols boleh naik..kan dlu heols taknak blakon gn pelakon pmpuan rupa hodoh..wlupun heolss gn dazrin aku hampir trtukar
Quote LadyCarefree 26-7-2019 03:48 PM
Kurex: Arghhhhh!!!!! Semoga dapat terjatuh dalam pelukan dorang (kecuali nenaz) sambil dorang berebut utk menyambut agar tak tercedera. Lalu menyambut dengan ...


Kekrol menunggumu
Quote dejure 26-7-2019 03:51 PM
Gambit n dazrin rasanya dorang join industri utk suka2 je.bkn utk cari mkn sangat.ank orang kaya.so dorang xkesah pon org kenal or x
Quote RatuDunia94 26-7-2019 04:00 PM
Deols ni lebih kepada artis red carpet jah...
Time acara anugerah baru nampak muka.. walhal sepanjang tahun entah apa produk pon x tahu..
Quote nanaiss 26-7-2019 04:02 PM
Semua pun tak best
Quote doubleA 26-7-2019 04:08 PM
Dazrin in the list? hello what’s your product yang diingati? Muka takda ekspresi harap rambut je lawo
Quote hzln 26-7-2019 04:11 PM
Cari-Azza muncul lagi dgn artikel kopipes sepitsiput
Quote awex^returns 26-7-2019 04:13 PM
doubleA replied at 26-7-2019 04:08 PM
Dazrin in the list?  hello what’s your product yang diingati? Muka takda ekspresi harap rambut je ...

betul lah tu dia tersenarai antara artis yang GAGAL menyerlah
walaupun ada rupa
berlakon pon tak best



oi wartawan cari
senang je ko buat kerja ek.. curi artikel TokPit pastu buat thread
pemalas

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.234280 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top