CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ditipu Pemaju Perumahan"- Pembeli Dipaksa Ambil 'Pakej' Sampai Harga Naik 2 Kali Ganda

2-8-2019 10:34 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 4100| Komen: 11|Original author: Oleh: HakirRahman

Impian ramai rakyat Malaysia adalah untuk memiliki rumah sendiri. Jadi, ramailah yang berharap supaya kerajaan dapat membantu dengan membina lebih banyak rumah kos rendah untuk mereka yang layak. 


Tetapi, 50 penduduk di Pulau Pinang merasakan diri mereka tertipu kerana janji kerajaan apabila rumah yang ditawarkan kepada mereka berharga RM72,500 naik dua kali ganda mencecah RM180,000 disebabkan pelbagai helah pemaju. 


Pembeli merasakan ditipu pemaju
Foto: Utusan

Lapor Utusan Malaysia, pembeli sebuah projek perumahan di Tanjung Tokong dipaksa bersetuju dengan syarat ditetapkan pemaju termasuk membeli pakej ubah suai dan lot tempat letak kereta serta pelbagai caj lain menyebabkan harga rumah mereka melebihi RM100,000.


Malah, mereka juga berang apabila mendapati ada rumah sama yang dijual dengan harga berbeza. 

Menurut Ketua Unit Aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP Ravinder Singh, perkara ini adalah satu bentuk penipuan dan mendesak kerajaan negeri menyiasat dan bertindak. 


Berebut hendak beli rumah kos rendah tapi ditipu
Foto: Google

Malah, pakej ditawarkan kepada pembeli juga seperti tidak masuk akal. 

Pakej terdiri daripada:

  • RM1,000 harga bagi setiap naik satu tingkat, kalau tingkat 15 bayar extra RM15,000, tingkat 20 bayar extra RM20,000
  • RM30,000 bagi harga tempat letak kereta
  • RM8,000 untuk harga 'corner lot'
  • RM15,000 untuk 'sea-view' unit
  • RM30,000 untuk renovation tiles

Akhirnya, bakal pemilik bagi 142 unit rumah flat kos rendah yang kononnya hanya berharga RM72,500 seunit terpaksa membayar antara RM130,000 hingga RM189,000 bagi sebuah rumah.

Ada juga pemaju begini ya? Kesian orang ramai. - CARI


Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melorqe 2-8-2019 11:10 AM
anda yang memilih
nasib kamurang lah
pandai2 la guna saluran yg ada
NGO kan ramai, gunakan mereka
dulu bukan main rajin waibe2 turun kat jalan berpiket, siap bergolek2 kat jalaraya
Quote Skuau 2-8-2019 11:17 AM
"wa talak tipu...wa pandai meniaga".-
Quote TuntungReturn 2-8-2019 11:56 AM
harga diluluskan oleh kementerian perumahan. masa  pemaju nk  mohon lesen dia kena bgktaw harga rumah siap2.
Quote sarahmirza 2-8-2019 11:58 AM
Berapa square feet rumah ni?
Apa facilities yang akan disediakan?

Duk pulau memang la mahal..
Tanah macam gitu aje tapi manusia membiak tak henti2..

Quote RatuDunia94 2-8-2019 12:23 PM
Rumah flat kondo ete ni makin tinggi makin mahal yer?
Quote Xim 2-8-2019 12:50 PM
kalau aku lebih elok ground floor atau 1st floor je . x heran tggi2 ni .
Quote prettyuglybabe 2-8-2019 02:14 PM
kalau tak nak, amik je la rumah basic..
Quote yuki812 2-8-2019 02:22 PM
Malah, mereka juga berang apabila mendapati ada rumah sama yang dijual dengan harga berbeza.

ini rasanya harga ditawarkan bergantung pd berapa percent progress construction tgh dibuat kan.

mcm kak i..dia beli umah tme awal2 lagi..lum start lagi..so harga murah..
jiran dia beli umah sama..tapi dah naik 60-70%..time tu dah mahal ler..

mmg..tdk silap makin tinggi makin mahal..kalau condo kan..
kalau flat..umah bwh yg mahal..
ampunnn...kalau salah info..
Quote harizs 2-8-2019 02:36 PM
Tgk tajuk dah tau kejadian di pulau pinang
Quote miminn 2-8-2019 03:07 PM
RatuDunia94 replied at 2-8-2019 12:23 PM
Rumah flat kondo ete ni makin tinggi makin mahal yer?

ye kot. sebab tengok harga rumah PR1MA pun macam tu dulu. flet kos rendah yang dulu-dulu zaman 90an je semua level semua unit 25k tak kira tingkat mana, corner atau tengah.
Quote kabukiman 2-8-2019 03:50 PM
Cam SIAL kencing dan menindas golongan kurang berkemampuan cenggitu sekali.

Bangsat.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.063385 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top