CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bossku Najib Razak Dedah Pernah Diancam Tembakan Sniper Di Pejabat

8-8-2019 10:05 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4612| Komen: 29|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Penembak hendap melepaskan tembakan ke arah pejabat Ketua UMNO Bahagian Pekan pada jarak 200 meter (gambar hiasan)

Kredit foto: Business Insider

Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, nyawa beliau pernah diancam dengan serangan penembak hendap semasa masih bergelar Perdana Menteri dahulu.

Kejadian itu berlaku di pejabat Ketua UMNO Bahagian Pekan, Pahang kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau menceritakan semula insiden tersebut pada program bual bicara 'Hard Truth: Cash is King' anjuran Biro Penerangan UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur pada 7 Ogos.


Najib dalam program bual bicara 'Hard Truth: Cash is King'

Kredit foto: Facebook

Memetik rakaman video yang dikongsi Najib dalam laman Facebook miliknya, ketika kejadian, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan tiada di pejabat.

Penembak hendap yang menggunakan rifal berkuasa tinggi itu dipercayai melepaskan tembakan dari jarak 200 meter.

"Dia nak hantar mesej, dia nak tembak peluru dan peluru itu ditembak pada sudut cermin, jadi cermin itu tidak pecah.

"Kalau dia tembak tengah-tengah cermin, cermin itu akan hancur, dia tembak kat tepi," jelasnya yang julung-julung kali membuat pendedahan itu.



Berikutan kejadian itu, kata Najib, polis terpaksa memperketatkan lagi kawalan keselamatan sebab wujud ancaman terhadap nyawa beliau.

"Polis tak dapat kesan siapa yang buat tu," katanya.


Najib lebih mudah didekati rakyat selepas tidak lagi bergelar Perdana Menteri
Kredit foto: Facebook

Patutlah semasa menjadi Perdana Menteri, Najib sukar didekati kerana anggota polis yang ditugaskan mengiringinya perlu memastikan tiada ancaman keselamatan terhadap beliau.

Situasi itu jelas berbeza dengan sekarang di mana Najib yang kini popular dengan gelaran 'Bossku' dilihat lebih mesra rakyat dan mudah didekati. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-8-2019 10:11 AM
Siapa yg jahat sangat tu????!!!!
Quote kemaruk 8-8-2019 10:21 AM
Kalau hari2 dihasut kununnya najib bunuh altantuya, najib simen kevin morais, najib songlap 46 bilion, rosmah pemilik grab, tak heran la ada orang sanggup nak bunuh najib
Quote acaatt 8-8-2019 10:23 AM
PM Online cari simpati ?
Quote ifanonline 8-8-2019 10:24 AM
banyak sangat tengok TV pak najib ni
Quote nikaido 8-8-2019 10:24 AM
Beraninya najib! Tapi program nothing to hide xdtg pula
Quote AbukRokok 8-8-2019 10:40 AM
ingat dulu open house hari raya....screening ketat sbb ancaman ISIS

ironically beberapa tahun sebelum tu mengajak orang ramai admire ISIS
Quote grouper 8-8-2019 10:44 AM
Ingat ini cite mission impossible ke bossku...
Quote prettyuglybabe 8-8-2019 10:54 AM
baca boleh percaya tu... hmmm...
Quote Boomibulat 8-8-2019 10:58 AM
X msk berita pun..klu msk mesti rakyat simpati pastu mengundi bn lg sbg tanda simpati kat najib..
Quote kucingitam 8-8-2019 11:05 AM
iye la tu...
Quote coco 8-8-2019 11:35 AM
rugi la kalau dia mati.... sapa nak bayar hutang hutang dia.... n rugi la tak dapat tengok boss ku masuk penjara.... so please make sure dia dan bini dia sihat tubuh badan....okay
Quote Ina8895 8-8-2019 12:16 PM
Yang tak percaya tu pasal dah banyak sangat telan kencing pakatan hancing
Quote batmana 8-8-2019 12:22 PM
sniper manala ada bazirkn peluru

sniper tu penempak tepat, kalu peluru miss tu, adalah satu kemaluan bersar pada dia

merepek betul..
Quote moonbymoon 8-8-2019 02:06 PM
batmana replied at 8-8-2019 12:22 PM
sniper manala ada bazirkn peluru

sniper tu penempak tepat, kalu peluru miss tu, adalah satu kemal ...

Kalau peluru miss tu kira dah menjejaskan reputasi dia sebagai sniper.
Quote sidewinder 8-8-2019 02:13 PM
biasa laa....bila dia jadi PM.....dia plak buat benda yg sama.....gitu laa org2 politik ni....masing2 2x5 jer.....esok lusa andai kata BN naik balik jadi pemerintah.....bang non n the geng plak kena...sniper laa...peluru meriam laa.....peluru rocket la......dia org ni dengar bole caya jangan
Quote diggerr 8-8-2019 02:50 PM
Jangan la sampai macam ni sekali
Quote awanysss 8-8-2019 03:32 PM
AbukRokok replied at 8-8-2019 10:40 AM
ingat dulu open house hari raya....screening ketat sbb ancaman ISIS

ironically beberapa tahun se ...

yes. iols kena pergi.. mcm ape je kena check2.. insecure dgn life sendiri.. dia jemput dia yg takut


Quote kelana36 8-8-2019 03:37 PM


cerita kat budak budak tadika ker ni?
Quote mamakcool 8-8-2019 03:41 PM
batmana replied at 8-8-2019 12:22 PM
sniper manala ada bazirkn peluru

sniper tu penempak tepat, kalu peluru miss tu, adalah satu kemal ...

Ini sniper mukan mau bunoh orang...tapi mau ugut maa....

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041487 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top