CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjunam Belajar Pandu Kereta

2-10-2013 05:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5994| Komen: 35


Keadaan kereta mangsa yang terjunam ke dalam tali air, petang kelmarin.

PARIT BUNTAR - Pengalaman pertama kali memandu kereta pastinya menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita apabila kereta dipandunya terjunam ke sebuah tali air di Parit 30, Batu 14, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa dikenali sebagai Yan, 31, difahamkan baru belajar memandu kenderaan itu bersama suaminya.

Yan berkata, kereta Proton Saga dipandunya mula hilang kawalan apabila melalui kawasan selekoh ketika menuruni jalan utama.

"Saya rasa stereng sudah habis dipusing, tapi kereta terus menuju ke arah tali air dan terjunam.

“Mujurlah suami sempat tarik brek tangan dan kereta akhirnya berhenti. Jika tidak sudah pasti kereta kami tenggelam dalam parit,” katanya.

Saksi kejadian, Khalid Mustafa, 22, berkata,  ketika kejadian, dia baru selesai memancing di lokasi berhampiran sebelum melihat kereta dinaiki suami isteri terbabit terjunam dalam tali air.

“Sewaktu dikeluarkan dari kereta, mereka terpinga-pinga dan mujurlah tiada kecederaan.

“Kenderaan mangsa berjaya dinaikkan atas jalan utama dengan bantuan trak tunda,”katanya.

12

Bagus
3

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 2-10-2013 10:42 AM
kesian nya
jangan fobia bawak keta sudah la
Quote mybluegetz 2-10-2013 10:47 AM
bagus husband bg private tutorial
Quote wajaman 2-10-2013 10:49 AM
nasib baik iswara je..kalau kete mahal,tepuk dahi lakinya

Quote merrissa 2-10-2013 11:00 AM
laaa g berlatih dekat situ wat apo...g la tengah padang...
Quote jazaa001 2-10-2013 11:05 AM
Pi belajor dgn husband lagi tension......
Asyik kena marah je......baik aku belajor dgn sek memandu....

Quote mziskandar 2-10-2013 11:06 AM
seb baik x langgar org
Quote mizmini 2-10-2013 11:07 AM
betul... baik belajar dgn cikgu
drp suh laki yg ajo.. tensi hakakkk
Quote gujiwa 2-10-2013 11:29 AM
kakak ipar aku cite ngan makcik aku cite.. bile suruh laki dorng ajar pandu kereta.. asyik ajar masuk gear reverse je... tak pernah nk ajar bawak kereta kedepan.. hahahaha..

kelakar pun ada
Quote dino 2-10-2013 11:37 AM
miawpink posted on 2-10-2013 10:42 AM
kesian nya
jangan fobia bawak keta sudah la

motif suami gigih dok mengajar sendiri.... suruh bini p kelas memandu dulu la.... dah lulus sok leh la nak ajak bg cekap plak...


Quote geenie 2-10-2013 11:45 AM
dino posted on 2-10-2013 11:37 AM
motif suami gigih dok mengajar sendiri.... suruh bini p kelas memandu dulu la.... dah lulus sok le ...

jimat duit la abam dino


Quote dino 2-10-2013 11:46 AM
geenie posted on 2-10-2013 11:45 AM
jimat duit la abam dino

jimat la sgt mdah terjunam masuk tali air tuh
Quote miawpink 2-10-2013 11:47 AM
dino posted on 2-10-2013 11:37 AM
motif suami gigih dok mengajar sendiri.... suruh bini p kelas memandu dulu la.... dah lulus sok le ...

Suami nak jimat duit tu
Quote nurul_akmar 2-10-2013 11:50 AM
last2 akak ni x jd nak blaja memandu. fobia punya pasal.
Quote alladeen 2-10-2013 11:56 AM
mcm2 pulak aku pasal insiden blajr keta neh
bru2 ni student meninggal dlm kete
dah la minggu dpan aku nk test jpj
Quote kenari2101 2-10-2013 11:59 AM
kekadang dorang ni dah ada lesen memandu
tapi tak practice memandu ke penakut ke
so kenalah practice balik. nak ingat balik step semua tu..
ramai je kawan pompuan aku cam ni, tiap tahun renew lesen tapi kalu suh bawa,
jgn harap aku nak naik hehehe
Quote momomikomiki 2-10-2013 12:00 PM
so funny la kakak
lepas ni pi la daftar kelas memandu ya kakak...
belajar btol2
Quote rospinki 2-10-2013 12:04 PM
dah pusing stereng habis..tah kenapa masuk dlm sungai jugak

Quote ibu_haritz 2-10-2013 12:05 PM
aku prnah test kete sblum gi kelas..
ayah dok kt sebelah..
kt jln lurus tetiba aku trtekan pedal minyak...
brdesup terus trlanggar pokok...
kemek sebelah kete...ayah aku cedera kt kaki...
sedih tgk ayah..aku rasa brsalah sgt2...
lps tu terus aku gi daftar amik lesen...
Quote fifie_olin 2-10-2013 12:07 PM
aku ni tiap2 thn renew lesen...tp drive nya nan hado....

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.058430 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top