CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Asal Berlaki, Nicki Minaj Tak Kisah Kahwin Dengan Bekas Perogol, Pembunuh

28-8-2019 12:30 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7226| Komen: 22|Original author: Sang_Pencinta

Teka-teki status hubungan penyanyi rap, Nicki Minaj, 36 dan teman lelakinya Kenneth Petty, 40, hampir terjawab apabila penyanyi itu menukar nama akaun Twitternya dari @nickiminaj kepada @mrspetty. Sebelumnya, pasangan itu dilihat mengambil lesen perkahwinan di Mahkamah Beverly Hills pada 29 Julai lalu, lapor E! News.




Kredit foto: Instagram


Berikutan penukaran nama akaun itu, ramai peminat kini membuat spekulasi bahawa pasangan kontroversi itu sudah berkahwin dalam diam. Bagaimanapun, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Nicki.


Berita itu bagaimanapun tidak menggembirakan ramai peminat Nicki yang merasakan Kenneth Petty bukanlah lelaki yang sesuai buatnya. Ini kerana Kenneth diketahui mempunyai pelbagai rekod jenayah. 



Kredit foto: Carian Google


Semasa berumur 15 tahun, Kenneth pernah dipenjarakan selama 4 tahun kerana jenayah seksual. Beliau dikatakan mengugut seorang gadis berumur 16 tahun dengan senjata tajam sebelum merogolnya.



Kredit foto: Carian Google



Tidak cukup dengan itu Kenneth juga pernah dihukum penjara 10 tahun kerana didapati bersalah menembak mati seorang lelaki bernama Lamont Robinson pada tahun 2002. Selain dua kes jenayah ini, semakan dalam rekod juga menunjukkan Kenneth pernah ditahan polis sebanyak 11 kali.


Kredit foto: Spillednews



Enggan percaya dengan semua dakwaan ini, Nicki mempertahankan teman lelakinya dan berkata kebanyakan daripada tuduhan itu adalah palsu dan Kenneth tidak merogol wanita tersebut kerana mereka adalah pasangan kekasih ketika itu.


Nampaknya Nicki Minaj sudah nekad untuk mengahwini Kenneth yang pernah menjadi kekasihnya ketika zaman remaja dahulu sebelum bertemu semula awal tahun lepas. Asal berlaki ke Nikki? - CARI

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 28-8-2019 12:37 PM
Hari tu bukan main gelakkan Cardi B{:run.. Sbb laki cardi B boleh tahan la perangai perempuannya.. Sekali ambik anggg.. Suami ang perogol. Tak suka si Nicki minaj nj
Quote Artemesiaa 28-8-2019 12:53 PM
Tengokan aja apa akan jadi selanjutnya
Quote beta_carotene 28-8-2019 12:54 PM
ensem gak laki sheols.. bukan pure nigger la kot, maybe kokosen or latin mix
Quote mizzmimi 28-8-2019 01:15 PM
Barang sedap ke sis?
Quote keds 28-8-2019 01:16 PM
Sebab tu orang kata jangan mengata orang... dulu Gelakkan cardi b now? Pecite.
Quote Foxey 28-8-2019 01:23 PM
Cinta itu buta or lebih tepat, cinta itu membutakan
Quote Boomibulat 28-8-2019 01:26 PM
Semoga nicky dapt membimbing beliau kearah yg lebih baik..
Quote RatuDunia94 28-8-2019 01:41 PM
beta_carotene: ensem gak laki sheols.. bukan pure nigger la kot, maybe kokosen or latin mix

{:stress


Kannn.. kire negro yg manis la...

Mesti kurex berangan nak diangkat mcm nicki minaj dlm pic atas tu
Quote Themilo 28-8-2019 01:43 PM
selayaknya la
Quote Sang_Pencinta 28-8-2019 02:05 PM
Tak takut kena belasah ke Nicki ni?
Quote diggerr 28-8-2019 02:46 PM
Asal berlaki
Quote MissLana 28-8-2019 04:48 PM
asal berlaki dan kulitnya berdaki. aaagittewwwwww. yg sok putih suci tak power gtu hewhew
Quote buapakperut 28-8-2019 04:53 PM
bukan asal berlaki, tapi dah terpaut dek nala kot
Quote lwyl 28-8-2019 11:01 PM
Jangan masuk KRT sudah.
Quote kukukatablog 29-8-2019 10:20 PM
sheols now dah flops,
single semua dah ke laut...
Quote nono86 29-8-2019 10:28 PM
Nanti yang dia buat kat orang tu dia buat pulak kat ko. Tak takut ke?????
Quote meow_tompok 4-9-2019 05:40 PM
bersusun rekod jenayahnya ... takde laki lain ke  

Quote BlackOpium 7-9-2019 07:01 PM
Biar betul sheols ni? Tak takut kena hempuk dengan laki tu ke
Quote Sang_Pencinta 7-9-2019 08:16 PM
Nicki umum pencen nyanyi

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059149 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top