CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Disuruh Ambil Makanan, Datin Tampar 'Pak Guard' Nepal

30-8-2019 10:27 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8670| Komen: 38|Original author: Oleh: natrahn


Wanita yang mengaku dirinya bergelar 'Datin' dan suaminya 'Datuk' telah menampar pengawal keselamatan dipercayai kerana berang diarah turun ke lobi kediamannya untuk mengambil makanan yang ditempah melalui perkhidmatan penghantar makanan.

Sebelum itu, beliau mengarahkan pengawal keselamatan mengiringi penghantar makanan hingga ke rumahnya, namun petugas warga Nepal itu tidak berbuat demikian kerana itu bukan bidang tugas pengawal keselamatan.


Kredit foto: Sinar Harian

Kejadian berlaku sekitar jam 4.21 petang di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur dan telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lobi kediaman mewah berkenaan sebelum ditularkan di media sosial.




Dalam video berdurasi 39 saat itu, pengawal keselamatan terbabit tidak melawan selepas ditampar, sebaliknya memegang pipinya yang dipercayai sakit akibat tindakan wanita berkenaan.

Peraturan kondominium menetapkan sesiapa yang membuat pesanan makanan atau apa-apa barang perlulah mengambil di lobi kerana orang luar tidak dibenarkan naik ke unit rumah sebagai langkah keselamatan, kata Jawatankuasa Pengurusan Kondominium berkenaan, Hazri Mohd Zahri seperti dipetik dari Sinar Harian.

Hazri berkata, tindakan wanita itu menampar pengawal keselamatan adalah sangat tidak bermoral. Satu laporan polis berkenaan insiden itu akan dibuat. - CARI
2

Bagus
10

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • nonicutehaimoni

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pumpkingirl 30-8-2019 10:37 AM
Bagusla buat report..biar manusia2 tak sedar diri mcm tu kena tangkap
Quote matbad 30-8-2019 10:49 AM
Pengurusan mcm haram abam guard plak kena..
Gaji dorang pn dibyr penduduk kt situ..
Duit maintenance byr saja blk umh kna dok dlm umh diam2..
Nk mntk hntr dpn umh pn pengurusan buat leceh..
Quote CatMiow 30-8-2019 11:00 AM
Kesian pula aku tengok pak guard tu pegang pipi dia.  Bayangkan la tu keluarga kita. Mesti kita panas hati.

Pasal apa penghantar makanan tak boleh naik hantar sendiri.  Tuan rumah bg la izin naik.
Quote natrahn 30-8-2019 11:23 AM
CatMiow replied at 30-8-2019 11:00 AM
Kesian pula aku tengok pak guard tu pegang pipi dia.  Bayangkan la tu keluarga kita. Mesti kita pana ...

peraturan kondo tak boleh naik..tuan rumah kena turun n diluar bidang tugas pak guard pula nak hantar naik.. tapi kalau pak guard dpt delivery charge, mesti mau je kan hihihi..tu dpat penampar..
Quote CatMiow 30-8-2019 11:27 AM
natrahn replied at 30-8-2019 11:23 AM
peraturan kondo tak boleh naik..tuan rumah kena turun n diluar bidang tugas pak guard pula nak han ...

Means si penghantar tu yang naik,  tapi kena la minta izin tuan rumah.

Kadang2 berurusan dengam orka ni mmg susah.  Bila tak jadi apa2 lagi,  gini la.  Bila dah jadi sesuatu,  dorng akan salahkan penghantar makan/security/ management pula.  Dorng tak salah punya la.
Quote goss79 30-8-2019 11:29 AM
sian guard kena tampar.. payah betul org berlagak ni.. tggu viral ye, nak tau datin mana ni.
Quote duri_durians 30-8-2019 11:36 AM
bodo amat ya yg salahkan pengurusan... kalau penghantar tu buat hal masa delivery kau nak salahkan siapa pulak? sebab keselamatan, lebih baik turun ambik sendiri.
untuk pihak pngurusan mungkin boleh assign satu pak guard yg kerjanya hantar makanan.
Quote achilles_heel 30-8-2019 11:39 AM
korang kena la paham...payah datin ni nak bergerak bawak badan...macam bdak sumbu dah aku tengok
Quote Loloq89 30-8-2019 11:48 AM
dh la gemok..pemalas lak tu
Quote paiayam 30-8-2019 11:48 AM
Edited by paiayam at 30-8-2019 06:34 PM

Edit. Dah baca benang sebelah. Guard kurang ajar rupanya dengan adik rider.
Quote natrahn 30-8-2019 11:50 AM
CatMiow replied at 30-8-2019 11:27 AM
Means si penghantar tu yang naik,  tapi kena la minta izin tuan rumah.

Kadang2 berurusan denga ...

tuan rumah mmg izinkan naik , tapi pak guard tetap tak bagi sebab against rule and regulation.

tuan rumah suruh pak guard iring rider naik atas pun,pak guard tak nak ...

perut lapo, tuan rumah lagi mau turun amik makanan..

last-last pak guard makan penampo dulu..huhu


Quote CatMiow 30-8-2019 12:01 PM
natrahn replied at 30-8-2019 11:50 AM
tuan rumah mmg izinkan naik , tapi pak guard tetap tak bagi sebab against rule and regulation.

...

Rules tu kena longgar sikit.

Biar food delivery naik sendiri.  Kalau nak pak guard juga turun naik.  Jenuh ah.

Dorng sebelum kena memng nak dilayan mcm raja,  dah terkena yg salah management juga. Karang jadi kes saman menyaman pula.

Ke c datin ni marah sebab sedang berbuat sesuatu . Sebab malas sangat dapat je suruh lelaki tu turun (aku rasa tu la kot datuknya).

Tapi bagus juga dah repot polis. Baru ada akai sikit.
Quote haryatie 30-8-2019 12:10 PM
kesian pak guard tu
pemalas nya mak datin
sendiri yg nk mkn ..ambil la sendiri
Quote oneders 30-8-2019 12:10 PM
bukan mudah nak jadi guard ni, sebab:
bila bagi tak bagi unauthorised person naik = salah guard
bila guard bagi unauthorised person naik = salah guard
Owner tak bayar maintenance fee dan tak boleh masuk gate kondo = salah guard
bila berlaku kejadian tak diingani lagilah pointing salahkan guard
Quote t_hahahaha 30-8-2019 12:18 PM
kesiannya la penduduk condo ni.lapo2 kene turun amek makanan.baik start kete gi beli jek kalau kesahnya camtu.

Quote Artemesiaa 30-8-2019 12:22 PM
Dah peraturan ikutlah peraturannya.  Kalau marah pun tak perlulah sampai gunakan kekerasan.  Guard hanya menjalankan tugas kalau jadi kejadian yang tak diingini mereka juga yang akan dipersalahkan.
Quote keds 30-8-2019 12:23 PM
Orang macam ni bagusnya bila buku bertemu Ruas. Time tu baru tahu tinggi rendah langit.
Quote harnezz 30-8-2019 12:26 PM
tulah melayu tengok warga saing dah jadi superior kalau kat indon dah di lenyek dantin bodoh ni
Quote aniz@emerald 30-8-2019 01:58 PM
dh terang2 kata mmg peraturan kena ambil sendiri di lobi... why so entitled???

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.137819 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top