Kisah perceraian Rihana Oksana dan Sultan Muhammad V dengarnya tidak habis lagi. Selepas memuat naik status panjang di Instagram seolah-olah seperti "ugutan" hendak membongkar semua kisah kelambu rumah tangganya, model Rusia itu berperang mulut dengan pengguna Instagram yang mencabarnya untuk menyingkap segala rahsia.
Malah, Rihana juga meminta alamat Istana Kelantan untuk berjumpa dengan Bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis, Apa lagi, permintaanya itu dibalas dengan kejian memandangkan alamat Istana itu boleh 'digoogle' sahaja.
Walaupun dia berjaya mendapatkan alamat Istana, persoalan seterusnya mahukan Tengku Anis berjumpanya? Ramai juga warganet lain yang sudah bosan dengan kisah itu, seolah-olah Rihana sudah "gila talak". Kesian memang ada, tapi kalau lama-lama orang pun meluat. Jika anda ada alamat Istana Kelantan tempat Tengku Anis tinggal, bolehlah diberi kepada Rihana di Instagramnya. - CARI |
MadameOnion replied at 3-9-2019 11:35 AM
rempitnya gaduh stail mintak alamat rumah.." lu kasi alamat, gua datang hentak lu"
unguaurora replied at 3-9-2019 11:33 AM
Yakinnya sheols menegakkan benang yg basah. DNA test dh buat ke blm?
ADVERTISEMENT