CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak AR Badul Meninggal Dunia Tertembak Ketika Demonstrasi

4-9-2019 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 59086| Komen: 390

Utusan melaporkan, anak kepada pelakon AR Badul meninggal dunia akibat tertembak ketika latihan di Sabah, pagi tadi.


Kredit foto: Awani/Air Times


Mejar Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) dilaporkan menghembuskan nafas terkahir di Hospital Queen Elizabeth jam 9.30 pagi.

Allahyarham yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan raifal M4 ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, ketika kejadian mangsa beraksi sebagai penjenayah berbaju putih dan bertopeng yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Mangsa yang kemudian rebah dan diheret ke tepi didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 4-9-2019 12:48 PM
Takziah...
Quote Lavender_Violet 4-9-2019 12:52 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...
Kesilapan yang tak disengajakan atau disengajakan?
Kot la ada yg sakit hati dgn dia
Yg peliknya kenapa tak guna peluru tipu?
Pegawai komando tu....uh...respek! Hats off
Aku memang pandang tinggi kat komando2 Malaysia ni, VAT 69
Pada aku diorang sangat 'dahsyat'
Quote yeos2 4-9-2019 12:56 PM
SEDIHNYA... takziah kepada keluarga arwah

Quote natrahn 4-9-2019 12:59 PM
Al fatihah. Salam takziah Badul dan keluarganya..

Mesti tulang belakang keluarga.. (T_T)
Quote kiah_mai_pulak 4-9-2019 01:00 PM
Innalillahwainnailahirojiun
Quote natrahn 4-9-2019 01:01 PM
Erm...demonstrasi kena guna peluru betul jugak ke...tak boleh ke guna peluru tipu/peluru kapur  
Quote matbad 4-9-2019 01:03 PM
Lavender_Violet: Innalillahiwainnailahirojiun...Kesilapan yang tak disengajakan atau disengajakan?Kot la ada yg sakit hati dgn diaYg peliknya kenapa tak guna peluru ti ...

Betul..
Ketika sdg sibuk tdo,shopping,membawang,memforum,dorang la yg jaga keselamatan kita
Quote tembamgirl09 4-9-2019 01:05 PM
Lavender_Violet replied at 4-9-2019 12:52 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...
Kesilapan yang tak disengajakan atau disengajakan?
Kot la ada yg s ...

betul tu
Quote MentariSenja 4-9-2019 01:07 PM
Takziah. Kesiannya. Ni mesti ada kecuaian dimana2. Mesti siasat. Patutnya guna peluru kapur masa demonstrasi.
Quote GigaMom 4-9-2019 01:09 PM
Bahaya sguh ni.
Ni biar btl
Quote asfaz 4-9-2019 01:09 PM
Takziah. Baru semalam terbaca kisah arwah cedera masa latihan payung terjun. Payung lambat bukak.
Quote dahlamadah.. 4-9-2019 01:10 PM
Edited by dahlamadah.. at 4-9-2019 01:16 PM

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun...

sedihnya..

mesti akan ada inquiry/inquest ni
Quote sleepandream 4-9-2019 01:11 PM
kecuaian yang tak sepatutnya berlaku..
takziah
Quote tuberoses 4-9-2019 01:14 PM
Innalillahwainnailahirojiun ...semoga roh arwah dicucuri rahmat.amin

Quote pngky 4-9-2019 01:15 PM
takziah di ucap kan buat keluarga AR Badul
Quote AmandaRollins 4-9-2019 01:17 PM
Salam takziah...ngeri nya buat latihan guna peluru sebenar...
Al-fatihah tuk arwah abg komando ni..bkn calang2 org leh masuk komando ni..respek kt arwah..
Quote Mleeen82 4-9-2019 01:19 PM
kenapa guna peluru betul?
Salam Takziah
Quote epal21 4-9-2019 01:22 PM
Apa sop demonstrasi ni? Terlepas pandang guna peluru hidup ke?
Quote ikanmasin 4-9-2019 01:24 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...

Lihat semua komen(390)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.159887 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top