Utusan melaporkan, anak kepada pelakon AR Badul meninggal dunia akibat tertembak ketika latihan di Sabah, pagi tadi.
Kredit foto: Awani/Air Times
Mejar Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) dilaporkan menghembuskan nafas terkahir di Hospital Queen Elizabeth jam 9.30 pagi.
Allahyarham yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan raifal M4 ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan, ketika kejadian mangsa beraksi sebagai penjenayah berbaju putih dan bertopeng yang ditembak mati oleh anggota tentera.
Mangsa yang kemudian rebah dan diheret ke tepi didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah. - CARI |