Pelakon dan penyanyi terkenal negara, Erra Fazira dikatakan akan berkahwin lain. Dilaporkan Harian Metro, isu itu mencetuskan kegusaran dalam kalangan produksi kerana bimbang jika Erra tiba-tiba berkahwin sehingga menganggu jadual program disertainya.
Malah, mereka juga sudah bertanyakan kepada pengurusan Erra, Mind Order Sdn Bhd tentang hal itu. Bagaimanapun, Erra yang ditemui menafikan perkara itu. "Saya baru pulang daripada menunaikan ibadah haji dan sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima ini, isu mahu bernikah dalam waktu terdekat langsung tidak ada dalam kamus hidup. "Tak tahulah pula saya kalau ada jejaka di luar sana yang mahu membuat kejutan dengan masuk meminang,"? katanya. Dia juga hairan kenapa gosip itu boleh timbul tanpa hujung pangkal. "Saya pun hairan macam mana cerita ini boleh timbul, sedangkan baru saja balik dari Tanah Suci. Kalau betul ada khabar angin mengenai isu mahu bernikah, mengapa tidak ada orang yang terdekat dengan saya bertanya atau memberitahu," katanya. Tetapi, kalau betul apa salahnya kan? Erra pun masih cantik lagi, kalah anak dara! Doakan semuanya baik-baik sahaja. - CARI |
Acikgomen replied at 5-9-2019 10:56 AM
Dgn laki umi aida ke zisss
chandrahusin replied at 5-9-2019 10:58 AM
Acikgomen sedara mara Datuk Paduka kan
sila beri 1st hand info dari dalam
gitewww
bintangct replied at 5-9-2019 10:54 AM
Panjangnya dagu dia pic dgn anak tu
Acikgomen replied at 5-9-2019 10:59 AM
Bile masa pulak acik sedara retis neh dekkkk
Koser
Acikgomen replied at 5-9-2019 10:56 AM
Dgn laki umi aida ke zisss
chandrahusin replied at 5-9-2019 11:01 AM
Alaa bukan sedara Dato Khairuddin keDato Khairuddin bukan retis
selama ni ingat Acikgomen sedar ...
watie79 replied at 5-9-2019 11:26 AM
ai nak speku begitu juaaa...nikah di mekah kah ?
edoraixora replied at 5-9-2019 11:43 AM
lepas kes dia ngan umie aida, macam menyampah pulak nak follow kat ig
jadinya, done unfollow
diss69 replied at 5-9-2019 11:50 AM
Makin laku.. Dh jadi pengacara mingguan wanita..
ADVERTISEMENT