CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raja Ilya Tangguh Dapat Anak, Nak Kembang Bakat Lakonan Di Hollywood

20-9-2019 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16303| Komen: 130|Original author: Oleh: Saiful

Raja Ilya belum berhasrat menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Katanya dia terpaksa tangguh sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi kerana mahu fokus dalam bidang lakonan serta mengembangkan bakat ke luar negara.



"Maklumlah, selepas selesai kursus pendek lakonan di Akademi Seni Australia Barat (WAAPA) di Perth, suami memang mahukan saya teruskan karier lakonan yang diceburi sejak dulu.

"Suami memang beri galakan sepenuhnya untuk saya mencari peluang berlakon di luar negara ketika ini," katanya kepada Harian Metro.


Bukan itu sahaja, Ilya sempat pergi uji bakat untuk Channel ABC semasa berada di Perth. 

"Saya dan suami juga merancang untuk ke Amerika Syarikat pula pada tahun depan dan pada masa sama mencari peluang berlakon di sana," tambahnya.

Orang kata kalau usia dah lanjut sussah pula nak dapat anak tapi Rja Ilya tak risau kerana ia semuanya rezeki.


"Saya juga tidak bimbang pada faktor usia yang mencecah 34 tahun sekarang kerana percaya soal rezeki.

"Jika ada rezeki, suami mahu kami memiliki tiga anak untuk melengkapkan rumah tangga."

Foto: IG
Terpulanglah kalau itu pilihan yang dibuat. Apa pun, semoga berjaya. Mana tahu satu hari tercapailah impian nak muncul dalam filem Hollywood. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawangkecik 20-9-2019 12:28 PM
bau  kari post yinni
Quote mieymiey 20-9-2019 12:30 PM
Raja Ilya dan Hollywood tak dapat dipisahkan yach. Bagai aur dengan tebing gitchuuuu.
Quote BicaraHatiku 20-9-2019 12:37 PM
Edited by BicaraHatiku at 20-9-2019 01:22 PM

Bila Wanita Karipoley berbicara... Marvel mana sis.. Marvel?
Aperpun tak bleyyy!

Quote fliphair8 20-9-2019 12:43 PM
aku nak tunggu lambakan kecaman acik porem jek...lawak dohhh
Quote cikatilia 20-9-2019 12:45 PM
lets recap

5 Sebab Raja Ilya Tolak Tawaran
Berita itu ternyata mengecewakan ramai peminat kerana seperti sedia maklum, Marvel begitu terkenal dan setiap filemnya pasti ditunggu-tunggu ramai.

Raja Ilya menolak tawaran tersebut kerana merasakan syarat yang ditetapkan studio terbitan tidak sesuai dengan dirinya.Pasti ramai yang ingin mengetahui apakah sebab beliau menolak tawaran ini bukan? Meskipun tidak memberitahu apakah sebabnya namun Hangat.com bawakan 5 sebab kemungkinan pelakon cantik ini tidak meneruskannya.

1. Jadual Yang Terlalu Ketat

Mungkin ya dan mungkin tidak! Alasan kami komitmen untuk filem ini haruslah diberikan sepenuhnya. Memandangkan filem ini bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi, dan barang kali pada April seperti yang dikhabarkan sebelum ini. Dan pada Mei umat Islam akan berpuasa dan seterusnya meraikan Aidilfitri, sudah pasti bakal menjadi kekangan buat Ilya.

2. Adegan Bercium?

Hampir setiap filem Hollywood akan memaparkan adegan bercium mahupun di ranjang. Melihatkan komen Ilya mengenai faktor utama beliau menolak adalah kerana syarat yang ditetapkan Marvel, kami tidak tolak kemungkinan bahawa antara syaratnya itu adalah ‘bersedia’ untuk melakukan adegan ini.

3. Berpakaian Terlalu Seksi

Selain adegan bercium dan juga di ranjang, berpakaian seksi juga barangkali antara syaratnya. Lihat saja watak Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot. Seksi bukan?

4. Watak Yang Tidak Sesuai?
Berkemungkinan watak yang diterima juga adalah tidak sesuai. Segalanya adalah ‘mungkin’ kerana seperti yang kita ketahui Marvel begitu memilih pelakon – pelakonnya begitu juga dengan Ilya sendiri.

5. Perubahan Diri Yang Ketara
Sebelum ini, Ilya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia untuk membuat perubahan pada dirinya. Bukanlah untuk mendakwa mana-mana pihak, namun keberangkalian Ilya terpaksa membuat pembedahan plastik bagi menepati ciri yang diinginkan juga adalah faktor utama mengapa beliau menolak untuk berlakon.
ko ingat ko level2 scarlet meh org terhegeh2 sama kao
Quote SherryZass 20-9-2019 12:45 PM
Tak nak join marvel lagi ke?
Quote Themilo 20-9-2019 12:47 PM
hey Ramilah Begum ni.. pom-pam hollywood ajaa..

pergi kau sambung kontrak Gerak Khas kat Yusof Haslam!
Quote Boomibulat 20-9-2019 12:49 PM
Kollywood lbh sesuai..
Quote gummiebear 20-9-2019 12:49 PM
Hensemnya trent
Quote Adeakukesah11 20-9-2019 01:05 PM
Pulak dah

Bukan haritu duk bg hint seolah tgh preggy ke
Quote Lelli 20-9-2019 01:06 PM
Masih belum terkubur rupanya cita2 acik remilah utk melebarkn rOti canai berkuahkn kari di Hollywood sana..
Quote Acikgomen 20-9-2019 01:15 PM
Beriye buat kenduri. Tah menikah secara Islam ke idok
Quote chilly 20-9-2019 01:15 PM
Eh bukan ke dia pregnant?
Quote sheqim 20-9-2019 01:18 PM
Akhirnya sheols bersanding ye?
Quote apedehal 20-9-2019 01:21 PM
Buroknya baju kawin gamba first
Quote BicaraHatiku 20-9-2019 01:24 PM
apedehal replied at 20-9-2019 01:21 PM
Buroknya baju kawin gamba first

Kan..nampak cam somi pakai bendera Puerto Rico...  
Quote makneng 20-9-2019 01:33 PM
We will seeee ya Remilah begum.. We will see..
Quote ohsemmm 20-9-2019 01:35 PM
masih di alam fantasikah beliau
Quote Beautifulliar. 20-9-2019 01:46 PM
Ape2 la begum. Yg penting hrp sheols xkedekut nk renovate umh kt kg. So nxt raya klo tok laki dtg lg buleh la bmalam lm sikit xde la mcm raya aritu ntah2 jate tu langkah msuk dlm ati trus ohhh what is this dgn bau dkk knowing umh set dkk ni ade bau which is bau so dkk. Tu blom lg clebrate raya potong kek aicing(gini ke eja) hat ade2 bunge kertas pehtu kita boleh mkn bunga tu

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052186 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top