Bila menjadi artis atau selebriti, penampilan dan fesyen memang jadi perhatian umum. Sesuai dengan kerjaya mereka, pemakaian artis memanglah kena selalu lawa dan cantik, barulah ramai peminat. Apatah lagi waktu "red carpet" anugerah kan.
Semalam, sempena ABPBH, seorang pengguna Twitter sempat membuat ulasan fesyen beberapa orang artis dalam gaya jenaka. Bukan apa, kadang-kadang artis dan selebriti ni kalau berfesyen macam tak berapa nak kena sangat. Memang minta dikritik acik bawang kan? Misalnya, baju Janna Nick (bekas anak kesayangan Sheila Rusly) menggayakan baju ala-ala maggi goreng.
Atau, baju "gender bender" Ara Johari yang ala-ala zaman penjajah. Tidak ketinggalan juga, pelakon Azar Azmi yang corak bajunya hampir sama dengan corak logo ABPBH! Baju Suhaimi Sufian pula dikatakan corak pening lalat. Boleh pening. Manakala, kemeja Remy Ishak terbakar agaknya, sampai hanya pakai kot sahaja. Nasib baik badan sado. Malah, busana Mira Filzah pula agak "menyeramkan" kalau bertebaran di waktu malam. Hanesya pula tampil dengan fesyen mesra alam dibuat daripada kanopi khemah, persis sirip ikan yu. Izzue Islam juga tampil dengan fesyen "maki lah aku supaya boleh popular kembali". Anda ada komen tentang busana-busana artis semalam? Siapa yang paling lawa? Siapa yang harus dikecam? - CARI
|
1
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
4
Sedih |
13
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
messymimi replied at 23-9-2019 02:48 AM
geli tgk stacy smlm
ADVERTISEMENT