CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Padan Lumpuh Separuh Badan, Lelaki Edar Dadah

24-9-2019 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3170| Komen: 14

Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) didapati positif ganja dan dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah, lapor Berita Harian.

Berikutan itu, polis menahan lelaki berusia 45 tahun dan lumpuh separuh badan terbabit di Sendayan selepas mendapati suspek memandu dalam keadaan mencurigakan di Taman Nusari Bayu.



Foto: BH Online/NSTP

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan suspek ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 18 September lalu.

“Polis menjalankan pemeriksaan dalam kereta suspek menemui dua ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja seberat 955 gram di tempat duduk belakang.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM4,000,” katanya.

Semakan mendapati, suspek memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.


Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 24-9-2019 12:48 PM
lumpuh separuh badan masih bole memandu meh?
Quote MenteriWanita 24-9-2019 01:00 PM
Dia tekan pedal guna tangan ka, upside down jua
Quote nanies 24-9-2019 01:08 PM
alahai, cari la duit halal. awak pun bukan muda lagi.. kesian kat waris keluarga.
Quote arm_band 24-9-2019 01:30 PM
helicornia replied at 24-9-2019 12:48 PM
lumpuh separuh badan masih bole memandu meh?

persoalan yang sama ......
Quote Pink_Purple 24-9-2019 01:40 PM
elok la gantung sampai mati pun..xpayah menyusahkan orang..

dah la oku, menagih lagi..biar mampos je..
Quote buapakperut 24-9-2019 01:48 PM
arm_band: persoalan yang sama ......

ada yang boleh apply lesen kat jpj, dorang modify kete tu ikut keperluan.
Quote buapakperut 24-9-2019 01:50 PM
ni yang kadang malas nak kesian ngan oku. mcm jiran iols oku suka sangat meminta2 kat orang kadang sampai mengugut, pastu suka jaja cerita api-apikan jiran. patutlah masa memula pindah iols dapat surat layang dari sape ntah cakap pasal jiran oku ni.rupanya betul dia cakap tu bener belaka
Quote Meiizu 24-9-2019 03:59 PM
buapakperut replied at 24-9-2019 01:50 PM
ni yang kadang malas nak kesian ngan oku. mcm jiran iols oku suka sangat meminta2 kat orang kadang s ...

cerrr cite...kepoci bawang.
surat layang dari jiran lama oku tu kot? oku pindah dari mana? gigih eehhh orang tu..tapi baik jugak dia bagitau
Quote Perawankota 24-9-2019 10:46 PM
dorg modify kereta tu mcmana yek
Quote Foxey 24-9-2019 11:11 PM
Tak padan dengan keupayaan yang ada, lagi mau buat keje yang merosakkan rakyat jelata
Quote buapakperut 25-9-2019 04:56 AM
Meiizu replied at 24-9-2019 07:59 AM
cerrr cite...kepoci bawang.
surat layang dari jiran lama oku tu kot? oku pindah dari mana? gigih  ...

Iols yang baru pindah.  Oku tu memang duduk selang dua rumah. Dia suka sebab husband iols baik sgt layan die dua beranak. Yang buat surat layang tu mungkin duduk dekat2 rumah kiteorang juga, mungkin die nampak oku dan anaknya suka datang merendek rumah kiteorang. Memang gigih bace surat tu, siap ade peribahase pelik. Sejak iols tahu diorang suka meminta2 mengugut2 iols pun bolayan.
Quote dekmieDandy 26-9-2019 09:57 AM
habislar barang putus lagi
Quote tokenn 26-10-2019 02:01 PM
Xsedar diri dh lumpuh pon buat keja2 cm tu gak lg
Quote renko 26-10-2019 02:16 PM
kalau kat fb ni
da penuh monyet2 komen
tunjuk kad oku nnt lepas

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.198679 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top