Seorang wanita maut terjatuh dari tingkat 17 di Rumah Pangsa Kayu Ara, Damansara, semalam, lapor Sinar Harian. Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati satu baldi, sebotol minuman keras dan air mineral di tepi tangga tingkat 17 bangunan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kominsioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 3.30 petang. "Sepasukan anggota dari Balai Polis Damansara yang tiba di lokasi menemui mangsa warga tempatan berusia 47 tahun dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di kepala dan badan. "Siasatan awal mengesyaki mangsa terjatuh dari tingkat 17," katanya. Mayat mangsa kemudian dibawa ke at Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Tambahnya, hasil siasatan tidak menemui unsur jenayah dalam kejadian. - CARI
|
hatikudus replied at 4-10-2019 12:36 PM
TERjatuh ke...mmg sengaja bunuh diri?
Skuau replied at 4-10-2019 01:17 PM
x mungkin baldi tu dibuatnya cam payung terjun(bayangkan).
minguk replied at 4-10-2019 01:20 PM
mabuk ke
ADVERTISEMENT