Dah beberapa bulan rupanya Nabil Mahir rapat dengan Ayda Jebat. Katanya, dia selesa dengan Ayda sebab perwatakannya yang gila-gila.
"Sebenarnya, kami sudah kenal lama sebagai rakan artis sebelum saya bercinta dengan pelakon Sarah Hildebrand lagi, tetapi hubungan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. "Selain karakter gila-gila, saya juga menyukai sisi Ayda yang sangat fokus pada kerjaya seninya. "Namun, buat masa ini, kami masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi," katanya kepada Harian Metro.
Keluarga Nabil pun langsung tidak menghalang untuknya berkawan rapat dengan mana-mana kawan artis. "Keluarga tahu saya memang suka bersosial dan mempunyai ramai kawan termasuk rakan artis sejak dulu. "Ayda juga sudah berjumpa dengan keluarga saya ketika majlis rumah terbuka kami sebelum ini," tambahnya. Walaupun sebelum ini pernah putus cinta dengan Sarah, namun Nabil kata dia langsung tak sering atau bercinta dengan mereka yangterbabit dalam bidang seni. "Jika Ayda ditakdirkan menjadi jodoh saya, pastinya saya terima dengan ketentuan Tuhan itu," katanya.
Mengulas mengenai ramai peminat di laman sosial yang mendoakan hubungannya dengan penyanyi lagu Temberang itu ke jenjang pelamin pula, Nabil meminta mereka hanya mendoakan perkara yang baik saja. "Jika peminat mendoakan perkara yang baik, pastinya saya juga mendoakan perkara yang baik juga dalam hubungan kami." Patutlah dah tulis "I Love You" di IG Ayda sebelum ini. Harap adalah jodoh bersama ya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|