Warganet bersorak syukur dan berterima kasih kepada Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan penularan surat titah baginda supaya pembesar suara di surau dan masjid di Johor tidak perlu diperlahankan.
Surat bertarikh 29 September dan diterima Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bertarikh 30 September itu memohon agar pihak berwajib mengambil tindakan lanjut kepada masjid-masjid di negeri itu. “Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk melaungkan azan sebagai memperingatkan umat Islam masuknya waktu solat di kawasan yang berhampiran. Penggunaan pembesar suara juga digunakan untuk menyampaikan tilawah al-Quran dan sesekali juga digunakan sebagai ceramah atau pengajian tertentu.
“Maka penggunaan pembesar suara sebagaimana biasa tidak perlu diperlahankan," antara isi kandungan surat berkenaan. TMJ turut meminta peranan institusi masjid perlu dihormati dan diterima setiap lapisan masyarakat. - CARI
|
Rogue98 replied at 4-10-2019 06:15 PM
Yg penting... yg azan tu tolong lah practice... Kadang suara tak sedap... off tune... camner nak tar ...
sarahmirza replied at 4-10-2019 05:52 PM
Azan boleh la ...
Tapi ceramah yang jenis suka cakap2 tetiba terjerit terpekik tu.... Tolong la per ...
aechae replied at 4-10-2019 06:31 PM
Setuju... ceramah pn kdg2 emosi lbih kite yg dgr ni maluu
Rogue98 replied at 4-10-2019 06:15 PM
Yg penting... yg azan tu tolong lah practice... Kadang suara tak sedap... off tune... camner nak tar ...
Rogue98 replied at 4-10-2019 06:15 PM
Yg penting... yg azan tu tolong lah practice... Kadang suara tak sedap... off tune... camner nak tar ...
ADVERTISEMENT