Twitter Maya Karin tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan di Terengganu yang tidak menjawab soalannya dalam bahasa Inggeris turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen tentang hubungannya dengan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Seorang netizen bertanya mengapa pelakon filem Ombak Rindu itu memetik nama Nik Nazmi yang tidak mempunyai kaitan dalam status Twitter berkenaan. Walaupun Maya turut memetik nama Dr. Maszlee Malik, perkara itu tidak kelihatan janggal kerana beliau merupakan Menteri Pendidikan.
Mungkin spekulasi timbul memandangkan Maya masih solo dan Nik Nazmi pula berstatus duda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim pada 2 Julai lalu. Utusan Online pada 3 Julai melaporkan, Maya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan perceraian Nik Nazmi dan Dr. Imaan. "Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi)," jelasnya. Status Twitter Maya tersebut juga mengundang pelbagai reaksi di mana sebahagian besar netizen mempersoalkan motifnya berbuat demikian. Pada masa yang sama, segelintir netizen berpandangan bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah di negara ini masih lemah. Setakat ini, masih belum ada respon daripada Nik Nazmi atau Maszlee terhadap isu yang dibangkitkan oleh Maya. - CARI
|
CatMiow: Ye ke? Iols dengar lain, tapi mungkin gossip je kot.
achilles_heel: kan...x mengaku kata skandel sampai cerai berai. alih2 tag nama jantan tu kat post berkenaan. apa kaitan jantan tu dengan education apatah lagi negeri ...
R2D2 replied at 7-10-2019 11:35 AM
Mana mana artis pun bila jobs kurang mcm tu lah hidup
Create kontroversi
palmolive replied at 7-10-2019 11:38 AM
Menyesal aku dulu malas baca
cakap inggeris sentiasa pelat lidah
nasib la baik pernah ku hafal
rospinki replied at 7-10-2019 11:08 AM
maya ni ada penyakit tiriod mata terbeliak-beliak
keco dak umo 10 tahun tak reti english..tu bukan ...
peko_lolo replied at 7-10-2019 01:38 PM
Betul ke weh mata terbeliak tu tiroid?
ADVERTISEMENT